Artis Pujaanku Mai Beraya Di TV3

Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya kali pertama dimainkan adalah menerusi platform digital Tonton dan youtube TV3 dan kini akan bersiaran semula menerusi saluran TV3 pula.

Sebuah telefilem pada asalnya ditayangkan khas sempena Aidilfitri pada tahun 2022 dengan menampilkan gandingan Fikry Ibrahim dan Emma Maembong.

artis pujaanku mai beraya

Sinopsis Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya

Telemovie Artis Pujaanku Mai Beraya mengisahkan tentang mengisahkan tentang seorang influencer yang juga artis popular di Malaysia, Shafinaz beraya di kampung halaman rakannya, Zain.

Apabila penduduk kampung dapat tahun berita tersebut, satu kampung kecoh dan teruja dengan kehadiran artis pujaan mereka akan menjejakkan kaki ke tempat mereka

Shafinaz balik ke kampung tersebut untuk merasai pengalaman pertama kali sambut Ramadan di luar bandar setelah bertahun di luar negara sehingga mencetuskan suasana lucu dan ceria di kampung mereka.

Zain yang mempunyai perasaan pada Syafinaz cuba untuk meminang Syafinaz pada malam raya.

Barisan Pelakon & Watak

Selain daripada Fikry Ibrahim dan Emma Maembong, terdapat juga lakonan daripada Hairi Safwan, Faezah Elai, Sheila Mambo, Sherry Aljeffri, Sharifah Juairiah, Dato Hattan dan ramai lagi.

  • Fikry Ibrahim sebagai Zain
  • Emma Maembong sebagai Shafinas
  • Hairi Safwan sebagai Pak Su Nizam
  • Faezah Elai sebagai Husna
  • Sheila Mambo sebagai Aminah

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Heykal Hanifah, nukilan skrip daripada Siti Solehah Abdul Ghani dan diterbitkan oleh produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Saksikan telemovie Artis Pujaanku Mai Beraya yang akan bersiaran semula pada 20 April 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang, menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau secara online di aplikasi Tonton.

Dimana Ditayangkan

Slot Cereka Pilihan di TV3

Waktu Ditayangkan

20 April 2024 (Sabtu), jam 2.00 petang

Leave a Comment