Cinta Untukku DI TV2

Telefilem Cinta Untukku yang pernah ditayangkan pada tahun 2017, kini akan menemui penonton semula pada Selasa ini menerusi saluran TV2 di RTM.

Telefilem ini memaparkan bagaimana perbuatan khianat atau fitnah yang mampu untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan antara adik-beradik.

cinta untukku

Sinopsis Telefilem Cinta Untukku

Telefilem Cinta Untukku mengisahkan tentang bagaimana Indah difitnah dan dituduh melakukan perbuata khalwat bersama Rizki yang merupakan kekasih kakaknya iaitu Mawar.

Mereka dianiaya selepas Rizki menolak cinta Mona. Sejak itulah, mereka terpaksa menghadapi tohmahan adn cacian penduduk kampung yang terpedaya dengan helah Mona tersebut.

Bagi membersihkan maruah dan nama baik keluarga mereka kembali, Indah dikahwinkan dengan Rizqi.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Aedy Asyraf, Elfira Loy, Husna Mustaffa, Daniel Lim, Mia Nasir, Mak Wan, Taib Mahmod, Zulkifli Salleh dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Aedy Ashraf sebagai Rizqi
  • Elfira Loy sebagai Indah
  • Husna Mustaffa sebagai Mawar
  • Mia Nasir sebagai Mona
  • Daniel Lim sebagai Danial
  • Taib Mahmod sebagai Pak Ikhsan

Produksi & Pengarah

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Riza Baharuddin, penulisan skrip daripada PGRs Team dan diterbitkan oleh syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan semula telefilem Cinta Untukku pada 26 Mac 2024, hari Selasa pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 26 Mac 2024 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Skrip : Norhaidatul Azian & Amka Ahmad
Pengarah : Riza Baharuddin
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Leave a Comment