Diari Abah Di TV9

Jika pada tahun 2019 sebelum ini, telefilem Diari Abah ini ditayangkan di TV3, kali ini ianya akan disiarkan kembeli tetapi menerusi saluran TV9 pula.

Sebuah telefilem menarik untuk tontonan ramai yang menampilkan lakonan hebat daripada Arash Mohd, Amyza Aznan, Nad Zainal dan ramai lagi.

diari abah

Sinopsis Telefilem Diari Abah

Telefilem Diari Abah mengisahkan tentang Rahmat yang dipulaukan oleh anaknya sendiri kerana membuat keputusan untuk berkahwin buat kali kedua dengan Ashikin iaitu ibu tunggal anak satu.

Anak-anaknya iaitu Annur, Zarif dan Zakuan menganggap kematian ibu mereka, Khalijad berpunca daripada keputusan Rahmat berkahwin lain. Namun mereka semua tersedar apabila Ashikin telah menyerahkan sebuah diari kepada mereka bertiga setelah Rahmat meninggal dunia.

Tercatat dalam diari itu bahawa segala duit yang dikirimkan setiap bulan digunakan abah mereka untuk mendirikan rumah anak yatim atas permintaan arwah ibu mereka dengan nama Rumah Anak Yatim Cik Khalijah.

Barisan Pelakon

Nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini sepreti Arash Mohd, Amyza Adnan, Watie Sadali, Nad Zainal, Syazuwan Hassan, Ariff Aziz, Silfeny Osman dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Arash Mohd sebagai Rahmat
  • Amyza Adnan sebagai Khalijah
  • Watie Sadali sebagai Ashikin
  • Nad Zainal sebagai Annur
  • Syazuwan Hassan sebagai Zarif
  • Silfeny Osman sebagai Diana

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan pengarah hebat Bade Hj. Azmi, penulisan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan dan diterbitkan oleh produksi A. Aida Production Sdn. Bhd.

Watak Bersiaran

Jangan lupa untuk tonton semula telefilem Diarah Abah pada 29 Mac 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telefilem Diari Abah

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : 29 Mac 2024 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Idea Asal : Dato’ A. Aida
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Bade Hj Azmi
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment