Table Of Content
Telefilem Doa Untuk Adik bakal menemui penonton semula sempena Ramadan kali ini menerusi saluran RTM di slot Drama On 2 di TV2.
Sebuah telefilem arahan Azman Aizal Yusoof bakal meruntuk jiwa ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Rusdi Ramli, Nabila Huda dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Doa Untuk Adik
Telefilem Doa Untuk Adik mengisahkan tentang kehidupan dua bersaudara iaitu Abang yang merupakan pesakit autsim dan lemah dalam pelajaran dan Adik pula seorang pelajar yang bijak.
Kehidupan mereka iaitu antara Ilyas dan Khalid sangat akrab sehingga kedua-duanya berjanji untuk bersama hingga ke hujung nyawa.
Si abang suka berdoa dalam setiap perkara yang hendak dilakukan. Walaupun dia tidak mampu menghafal doa itu, tetapi dia tetap berusaha dengan membaca buku.
Barisan Pelakon
Antara nama-nama yang terlibat dalam telemovie ini seperti Rusdi Ramli, Zahiril Adzim, Nabila Huda, Nadiah Aqilah, Syafie Naswip, Izzy Reef, Rafe Sumantri dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Rusdi Ramli sebagai Ilyas
- Zahiril Adzim sebagai Khalid
Produksi & Pengarah
Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Azman Aizal Yusoof dan beliau juga sebagai penulis skrip. Ianya diterbitkan oleh produksi BZ2121 Production Sdn. Bhd.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Doa Untuk Adik yang akan bersiaran pada 25 Mac 2024, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.
Info Penuh Telemovie
Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 25 Mac 2024 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Azman Aizal Yusoof
Pengarah : Azman Aizal Yusoof
Produksi : BZ2121 Production Sdn. Bhd.