Drama Bercakap Dengan Jun Di Astro Ria

Sebuah drama adaptasi novel berjudul “Bercakap Dengan Jun” akan menemui penonton mulai 1 Mei 2024 yang akan disiarkan menerusi saluran Astro Ria.

Sebuah cerita yang mengisahkan konflik seorang pemuda sunyi, yang juga seorang penjenayah, membesarkan seorang bayi di suatu tempat yang terasing.

bercakap dengan jun

Sinopsis Drama Bercakap Dengan Jun

Drama Bercakap Dengan Jun mengisahkan tentang Jun iaitu seorang penyeluk saku yang hidup terasing ditemani seorang anjing di sebuah perumahan tinggal yang jauh dari penempatan manusia.

Advertisements

Sehingga detik seorang gadis melahirkan anak di rumahnya dan Jun membantu si ibu tanpa mengetahui gadis itu menghilangkan diri pada keesokan harinya.

Disebabkan itu, Jun terpaksa membesarkan bayi tersebut bagai anaknya sendiri dan berlakulah konflik yang tragis, drama dan air mata. Jun sedaya upaya membesarkan anak tersebut dengan kasih sayang dan cinta seorang ayah.

Pelakon Dan Watak

Bercakap Dengan Jun menampilkan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, June Lojong, Emelda Rosemila, Sairish Elaria dan ramai lagi.

  • Dini Schatzmann sebagai Jun
  • Qistina Rania sebagai Lily
  • Musyi Mohtar sebagai Mas/Naurah
  • Hilal Azman sebagai Tok Senik
  • Jun Lojong sebagai Nek Besah
  • Kahoe Hon sebagai Luth
  • Fikry Ibrahim sebagai Sam
  • Sairish Elaria sebagai Baby Ranum
bercakap dengan jun

Produksi & Pengarah

Drama 10 episod ini merupakan arahan bersama Kye Fariz dan Fairul Nizam Ablah, serta diterbitkan oleh syarikat produksi Ano Films.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama Bercakap Dengan Jun mulai 1 Mei 2024, bersiaran setiap Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam menerusi saluran di Astro Ria 104 dan Astro Go.

Advertisements

Selain di Astro, drama ini juga tersedia di platform Sooka dimana akan ditayangkan pada hari yang sama jam 10.00 malam. Hanya perlu langgan pek Entertainment berharga RM13.90 sebulan.

Dimana Disiarkan

Astro Ria (104) & Sooka

Waktu Disiarkan

Mulai 1 Mei 2024, setiap Rabu & Khamis, jam 9.00 malam

Leave a Comment