Drama Calar Cinta Di TV3 ( Slot Samarinda)

Minggu ini, TV3 akan bawakan sebuah drama terbaru berjudul Calar Cinta yang akan menemui penonton di kaca tv mulai 9 Oktober 2024 menerusi slot Samarinda. Sebuah drama terbaru tahun 2024.

Drama dengan genre konflik kekeluargaan ini bersiara bagi menggantikan drama Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker yang telah tamat siaran pada 7 Oktober yang lalu.

Sinopsis Drama Calar Cinta

Tiga orang sahabat yang akan tamat pengajian di kolej berbincang mengenai masa depan mereka. Haris berminat dalam bidang Culinary, Adrea pula dalam bidang perniagaan dan Inara bakal menjadi seorang doktor.

Barisan Pelakon Dan Watak

Drama ini menampilkan barisan pelakon seperti Harissa Adlynn Halim, Qistina Khaled, Nafiz Muaz, Sham Visa, Acong Sweetchild, Nadia Kesuma, Wan Gegau, Rahim Omar, Anita Wahab dan ramai lagi.

  • Harissa Adlynn sebagai Adrea
  • Qistina Khaled sebagai Inara
  • Nafiz Muaz sebagai Harris
  • Sham Visa sebagai Dr. Zarif
  • Acong Sweetchild sebagai Faris
  • Nadia Kesuma sebagai Halimah
  • Wan Gegau sebagai Rahul

Produksi & Pengarah

Drama bukan adaptasi 15 episod ini merupakan arahan Azhar Khalid aka Apache, nukilan skrip daripada Amaz Mazilan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Million Pictures Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Calar Cinta yang akan mula bersiaran pada 9 Oktober 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara striming menerusi aplikasi Tonton pada 24 jam awal sebelum tayangan di tv.

Leave a Comment