Drama Cinta Untuk Sekali Lagi Di Astro Ria

Pelakon popular Meerqeen kini kembali lagi dengan sebuah drama terbaru berjudul Cinta Untuk Sekali Lagi dan kali ini akan berganding dengan pelakon baru sedang menempah nama, Erysha Emyra.

Drama yang bakal menggantikan Takdir Itu Milik Aku ini merupakan karya yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama “Cinta Untuk Sekali Lagi” karya Lila Vee.

cinta untuk sekali lagi

Sinopsis Drama Cinta Untuk Sekali Lagi

Drama Cinta Untuk Sekali Lagi mengisahkan tentang pasangan Alan dan Anne yang telah berpisah sejak lima tahun dahulu.

Kini Anne dan Alan bertemu semula apabila abang kepada Anne, iaitu Fazlee yang juga merupakan kawan baik Alan meminta Alan untuk menjadi peguam kepada Anne kerana dia terlibat dalam satu masalah.

Daripada situlah, Alan sentiasa mencari peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali kedua.

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Meerqeen, Erysha Emyra, Malle Christian, Nik Rifa’ie, Alyssa Dezek, Haidar Hasanudin, Nina Juren, Ozlynn Wati, Lydiawati, Esma Danial dan ramai lagi.

Advertisements
  • Meerqeen sebagai Idlan Zuhairi aka Alan
  • Erysha Emyra sebagai Anne Dahlia
  • Malle Christian sebagai Zu
  • Nik Rifa’ie sebagai Fazlee
  • Alyssa Dezek sebagai Eya
  • Haidar Hasanudin sebagai Cikgu Safuan
  • Nina Juren sebagai Mama
  • Ozlynn Waty sebagai Cikgu Syifa
cinta untuk sekali lagi

Produksi & Pengarah

Drama 20 episod ini merupakan arahan Hidith Omar, nukilan skrip bersama daripada Bainun Waheeda, Adib Zaini dan Keekong serta diterbitkan oleh syarikat produksi Playwright Pictures Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Cinta Untuk Sekali Lagi yang akan mula bersiaran pada 27 Mei 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 atau secara striming di Sooka.

Leave a Comment