Drama Dara & The Gang Di Tonton

Jika sebelum ini, drama Dara & The Gang bersiaran di TV3, kini akan menemui penonton menerusi platform penstriman Tonton pula mulai 15 Julai 2024.

Ya, drama adaptai novel ‘Dara Gangster And The Gangs’ karya Amarilis Rahim ini pernah disiarkan di kaca tv untuk tontonan ramai pada tahun 2023 menerusi slot Sakura dan kini akan ditayangkan kembali secara online pula.

dara & the gang

Sinopsis Drama Dara & The Gang

Drama Dara & The Gang mengisahkan tentang kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung.

Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit.

Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung!

Namun, kehadiran Rizal, seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan.

Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang membintangi drama Dara And The Gang ini ialah Shasha Abedul, Erysha Emyra, Arena Wan, Chubb-E, Cat Farish, Enot, Apit Wan Lebo, Kak Girl, Hamdan Senario, Ana Lopez, Mohd Afiq Fikri Firdaus, Ady Mohammad, Alya Fadzil, Hilman Alef dan ramai lagi.

Advertisements
  • Shasha Abedul sebagai Dara
  • Erysha Emyra sebagai Busu
  • Arena Wan sebagai Bedah
  • Chubb-E sebagai Rizal
  • Apit Wan Lebo sebagai Wan Saari

Produksi & Pengarah

Drama dengan genre komedi romantik ini merupakan hasil tangan pengarah Zul Hizaimy, nukilan skrip daripada Dr. Mohd Shahremu dan diterbitkan oleh syarikat produksi Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

dara & the gang

OST Drama

Lagu : Cari-Cara Cinta
Penyanyi : Puteri Khareeza dan Wanie Ooi
Komposer : Padi Muhammad Alif Zharfan
Penulis Lirik : ND Mohd Nasir Deraman

Waktu Tayangan

Bagi yang terlepas menonton di tv3 sebelum ini, anda boleh saksikan drama Dara & The Gang yang akan ditayangkan mulai 15 Julai 2024, bersiaran setiap hari menerusi platform pestriman Tonton secara eksklusif.

Leave a Comment