Drama Dari Mata Turun Ke Hati Di Astro Ria

Drama baru berjudul Dari Mata Turun Ke Hati akan menemui penonton mulai 12 Ogos 2024 menerusi slot Megadrama di Astro Ria bagi menggantikan Dedaun Hijau Di Angin Lalu.

Naskah yang membawa genre romantik komedi mengenakan taglin “Love is beyond what you see. There’s more than meets the eyes” dengan menampilkan gandingan baru antara Mierul Aiman dan Arabella Ellen.

Sinopsis Drama Dari Mata Turun Ke Hati

Drama ‘Dari Mata Turun ke Hati’ mengisahkan Jai Jerung iaitu seorang pemuda yang hidupnya berputar 360 darjah apabila dia jatuh cinta dengan Iris Sofea.

Iris Sofea menghidap Deprivation Amblyopia, yang menyebabkan penglihatannya terhad dan menggunakan tongkat putih untuk bergerak.

Dalam satu insiden, Iris Sofea tanpa sengaja menyerang Jai Jerung apabila Jai Jerung menghalang Braille Blocks yang digunakan oleh Iris Sofea sebagai panduan untuk berjalan.

Pertemuan yang tidak dijangka ini menjadi permulaan hubungan baik antara mereka, di mana mereka saling mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam.

Selepas mengetahui bahawa Iris Sofea boleh melihat warna dengan lebih baik, Jai Jerung mula berpakaian warna-warna cerah supaya dia mudah dikenali oleh Iris Sofea.

Jai Jerung juga mendapatkan pekerjaan di kedai sewa filem, di mana dia membantu mengaturkan sistem untuk memudahkan golongan yang kurang penglihatan melanggan sewaan filem.

Sementara itu, Ayra Sofea, kakak kepada Iris Sofea, sentiasa berada di sisi adiknya untuk memberikan sokongan. Namun, ini menyebabkan Ayra menjadi terlalu melindungi Iris Sofea, sehingga sering menghalang Iris Sofea daripada melakukan banyak perkara akibat bimbang adiknya akan dilukai.

Advertisements

Adakah cinta akan mengatasi segala halangan, atau mereka harus mengakui bahawa mereka berhak mendapat yang lebih baik?

Barisan Pelakon Dan Watak

Selain Mierul dan Arabellah, terdapat ramai lagi pelakon yang membintangi drama ini seperti Darien Aeldra, Qistina Khaled, Azri Safix, Afiq Hamidon, Azhar Sulaiman, Natasha Roslan, Kimberly Chuah dan ramai lagi.

  • Mierul Aiman sebagai Jai Jerung
  • Arabella Ellen sebagai Iris Sofea
  • Darien Aeldra sebagai Jaha
  • Qistina Khaled sebagai Ayra
  • Azri Safix sebagai Haikal
  • Afiq Hamidon sebagai Dayat
  • Azhar Sulaiman sebagai Kamal

Produksi & Pengarah

Drama 16 episod yang merupakan adaptasi Jdrama, Love’s In Sight ini merupakan arahan Michael Ang, nukilan skrip daripada Nadia Khan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Dari Mata Turun Ke Hati yang akan mula bersiaran pada 12 Ogos 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria. Juga tersedia secara striming di platform Sooka.

Leave a Comment