Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu Di Astro Ria (Megadrama)

Sempena Bulan baru ini, penonton bakal disajikan dengan drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu terbaru iaitu menerusi slot Megadrama di Astro Ria bermula 1 Julai ini.

Drama yang bakal menggantikan Cinta Untuk Sekali Lagi ini merupakan adaptasi novel dengan judul yang sama ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ karya Manaf Hamzah tahun 1987.

dedaun hijau di angin lalu

Sinopsis Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu mengisahkan tentang Intang Samad yang terpaksa menjalani kehidupan yang penuh derita.

Intan bagaimanapun terpaksa berkahwin dengan seorang doktor muda, Assad Effendi gara-gara kerana satu kajadian malang menimpa mereka.

Intan mengimpikan dia akan hidup bahagian bersama suaminya tetapi sebaliknya terjadi. Perasaan dendam dan tidak puas hati Assad tiba-tiba hilang apabila melihat isterinya berterusan dan tetap tabah menghadapi segala perlakuan kasar yang diberikan kepadanya.

Kerana ego Assad, dia masih mahu memendam perasaanya. Kesabaran Intan ada hadnya. Dia melarikan diri dari suaminya.

Adakah Assad berjaya mendapatkan hati Intan kembali atau Assa akan hilang Intan selamanya nanti?

Pelakon Dan Watak

Berikut antara pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Harissa Adlynn, Redza Rosli, Kael Noah, Saidah Kamarudin, Faye Kusairi, Razman Mahayuddin, Aleza Shadan, Esma Danial, Wanns Ahmad, Idzham Ismail dan ramai lagi.

Advertisements
  • Harissa Adlynn sebagai Intan Samad
  • Redza Noah sebagai Assad
  • Kael Noah sebagai Ismadi
  • Saidah Kamarudin sebagai Rubiah
  • Faye Kusairi sebagai Jamaliah
  • Aleza Shadan sebagai Marina
  • Esma Danial sebagai Khairuddin
dedaun hijau di angin lalu

OST Drama

Tajuk : Adakah Kau Pasti
Penyanyi : Keka Nizam
Komposer : Ippo Hafiz
Penulis Lirik : Ippo Hafiz

Produksi & Pengarah

Drama 45 episod ini merupakan arahan pengarah tersohor Jamal Khan, nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan dan diterbitkan oleh syarikat produksi SR One Sdn. Bhd.

Waktu Tayangan

Saksikan drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu yang akan mula menemui penonton pada 1 Julai 2024, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara striming di Sooka sejurus selepas habis tayangan di tv iaitu pada jam 11.00 malam.

Leave a Comment