Telefilem Hantu Karaoke Di TV3

Telefilem Hantu Karaoke pada awalnya ditayangkan sempena Aidilfitri pada tahun 2022 dan kini akan menemui anda semula pada 8 Mac 2024 di TV3.

Sebuah telefilem seram komedi yang menampilkan barisan pelakon seperti Hazama, Nabila Razali, Nazrief Nazri dan ramai lagi. Sesuai tontonan ramai.

hantu karaoke

Sinopsis Telefilem Hantu Karaoke

Telemovie Hantu Karaoke mengisahkan tentang Abu Bakar yang pergi ke pusat karaoke untuk melepaskan kesedihannya, bertemu dengan Cumi, seorang wanita yang berada di dalam bilik karaoke dan menyanyi bersamanya.

Namun, Abu Bakar tidak mengetahui bahawa Cumi adalah wanita yang mati tercekik kacang semasa menyanyi di bilik karaoke dan dibuang ke dalam gaung oleh teman lelakinya.

Abu Bakar terkejut menjadi takut dan cuba lari tetapi Cumi menahan dan merayu untuk membantu dia untuk menyempurnakan mayat Cumi.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat ialah Hazama, Nabila Razali, Nazrief Nazri, Sharifah Shahora, Mak Jah, Nazira Sardi, Adline Tsen, Kenji Sawahi, Ery Putra dan ramai lagi

Advertisements

Watak Lakonan

  • Hazama sebagai Abu Bakar
  • Nabila Razali sebagai Cumi
  • Nazrief Nazri sebagai Zack
  • Sharifah Shahora sebagai Mak Cah
  • Mak Jah sebagai Nek Nab

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Bade Hj. Azmi, penulisan skrip daripada Amaz Mazlan dan diterbitkan oleh produksi Eleven Field Creative Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa tonton telefilem Hantu Karaoke ulangan pada 8 Mac 2024, hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 dan strim online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : TV3
Tarikh : 8 Mac 2024 (Jumaat)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Amaz Mazlan
Pengarah : Bade Hj. Azmi
Produksi : Eleven Field Creative Sdn. Bhd.

Leave a Comment