Telefilem Demi Hati Arjuna Di TV3

Telefilem Demi Hati Arjuna yang menampilkan Nad Zainal dan Idris Khan akan menemui penonton kembali pada 24 Mei ini menerusi slot Wayang di TV3.

Sebuah cerita yang meruntun hati apabila si ibu mula mencari anak yang dilahirkan pada 12 tahun dahulu dan kini mula rasa kesal dan sayang terhadapnya.

demi hati arjuna

Sinopsis Telefilem Demi Hati Arjuna

Telefilem Demi Hati Arjuna mengisahkan tentang Alia yang disahkan menghidap penyakit hati Cirrhosis. Alia teringat masa silamnya memang liar.

Bagi merawat penyakitnya, dia disaran melakukan transplan. Namun. Alia yang sebatang kara sukar untuk dia mendapatkan penderma.

Dia kemudian teringat akan Arjuna, anak yang dia lahirkan 12 tahun dahulu bersama Zafran. Zafran tidak mahu bertanggungjawab. Anak itu diserahkan kepada orang lain selepas dinamakan sebagai Arjuna.

Timbul rasa kesal dan sayang terhadap anaknya, akhirnya Alia minta maaf pada Arjuna dan dia tidak akan dapat mengambil hati Arjuna untuk kepentingan dia.

Advertisements

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Nad Zainal, Mohd Danish Hazriq, Emelda Rosemila, Zul Huzaimy, Adiba Yunus, Idrsi Khan, Mili Supina, Syrim dan ramai lagi.

  • Nad Zainal sebagai Alia
  • Mohd Danish Hazriq sebagai Arjuna
  • Idris Khan sebagai Zafran
  • Zul Huzaimi sebagai Karim
  • Emelda Rosmilea sebagai Nina
  • Adiba Yunos sebagai Farah

Produksi Dan Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Zul Huzaimy, nukilan skrip daripada Eenaz Mokhtar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Primework Studios.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Demi Hati Arjuna yang akan menemui penonton smeula pada 24 Mei 2024, hari Jumaat, jam 1.00 petang menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh strim di Tonton.

Leave a Comment