Drama Doa Yang Terlindung Di TV3 – Info Penuh Pelakon Dan Sinopsis

Saksikan drama terbaru berjudul Doa Yang Terlindung yang akan mula ditayangkan pada 7 Januari 2026. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3.

Selain itu, bagi anda yang tidak sempat menonton di tv, drama 28 episod ini juga turut akan disiarkan secara percuma menerusi platform iQIYI sejurus selepas habis tayangan di tv.

Drama yang bakal menggantikan Perempuan Tidak Ternikah ini merupakan arahan Idora Abdul Rahman, nukilan skrip daripada Nieza Nahar dan diterbitkan oleh produksi Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Episod : 28
Bersiaran : Slot Akasia TV3
Tarikh : Mulai 7 Januari 2026 (Isnin – Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Doa Yang Terlindung

OST Drama

Tajuk : Beribu Tanda Tanya
Artis : Syamel
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi drama Doa Yang Terlindung seperti Fasha Sandha, Sharifah Rose, Nafiz Muaz, Firdaus Karim, Mior Hashim Manap dan Natasya Mahyan.

Selain itu, terdapat juga pelakon-pelakon lain iaitu Ahmad Syafiq, Sharifah Husna, Sharifah Shahora, Yaya Maembong, Rohaya Maya, Stella Ardini, Tika Nasir, Daiyan Yussof dan ramai lagi.

  • Fasha Sandha sebagai Rabiyatul
  • Sharifah Rose sebagai Anisah
  • Nafiz Muaz sebagai Aiman
  • Firdaus Karim sebagai Ustaz Irfan
  • Meor Hashim sebagai Tuan Haji Mohsin
  • Ahmad Syafiq sebagai Shakir
  • Sharifah Husna sebagai Dr. Aisha
Doa Yang Terlindung

Sinopsis Drama Doa Yang Terlindung

Drama Doa Yang Terlindung mengisahkan tentang Ustaz Irfan, seorang pendakwah terkenal yang disanjung tinggi di media sosial serta dihormati sebagai tenaga pengajar utama di Baitul Khadijah.

Dengan imej alim dan perwatakan tenang, beliau menjadi idola ramai, khususnya dalam kalangan pelajar wanita. Namun ketenteraman hidupnya mula goyah apabila kemasukan Anisah, seorang pelajar baharu yang lantang, berani dan tidak mudah akur dengan kebiasaan di institusi tersebut.

Advertisements

Anisah menyambung pengajian di Baitul Khadijah atas kehendak ibu bapanya walaupun hatinya lebih cenderung untuk mengejar impian sebagai perunding fesyen Muslimah.

Sikapnya yang berbeza dan cara fikirannya yang terbuka sering mengundang perhatian, teguran serta konflik, terutamanya apabila dia terpaksa berdepan dengan peraturan ketat Ustaz Irfan dan tekanan daripada pelajar senior yang terlalu mempertahankan imej institusi dan figura ustaz itu.

Dalam suasana yang lebih mementingkan persepsi berbanding kebenaran, Anisah bergelut mencari tempat dan pendirian sendiri sambil menahan fitnah serta cemuhan.

Kehadiran Aiman, seorang tenaga pengajar baharu yang lebih memahami dan menyokongnya, sedikit demi sedikit memberi sinar harapan di tengah kekeliruan yang melanda.

Ketika hubungan dan kepercayaan diuji, perjalanan Anisah dan Aiman mula membuka satu demi satu rahsia lama yang selama ini tersembunyi. Pada masa yang sama, Rabiyatul dan Tuan Haji Mohsin mula menyedari kepincangan sebenar di sebalik nama besar Baitul Khadijah.

Persoalannya, mampukah kebenaran muncul ke permukaan, atau ia akan terus terlindung demi menjaga imej dan kuasa? Saksikan Doa Yang Terlindung mulai Rabu ini.