Telefilem Tiga Lima Di TV9

Saksikan telefilem Tiga Lima yang akan menemui penonton semula pada 13 Disember 2024, hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Feroz Abdul Kader, nukilan skrip daripada Eenaz Mokhtar dan diterbitkan oleh syarikat produksi milik tuan pengarah sendiri, FJ Pictures.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 13 Disember 2024 (Jumaat)
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Feroz Abdul Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti adik Jay Nazir, Zila Bakarin, Arash Mohamad, Riz Amin, adik Airil Azimi, Fattah Ali, Bob Rozailee, Rose Idris dan ramai lagi.

  • adik Jay Nazir sebagai Halim
  • Zila Bakarin sebagai Hasnah
  • Arash Mohamad sebagai Daud
  • Riz Amin sebagai Ustaz Zali

Sinopsis Telefilem Tiga Lima

Telefilem Tiga Lima mengisahkan tentang Halim yang baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara mereka berdua.

Advertisements

Hasnah terjumpa buku tiga lima Daud yang tercatat hutang piutang Daud yang masih belum dilangsaikan.

Hasnah berhempas pulas mencari wang untuk melangsaikan hutang arwah suaminya. Halim yang melihat kesusahan ibunya itu nekad mencari duit demi menyara mereka.

Leave a Comment