Table Of Content
Jangan lupa saksikan drama terbaru berjudul Dorm 403 yang akan menemui penonton mulai 15 April 2026. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.
Selain menonton di kaca tv, anda juga boleh saksikan drama ini secara striming menerusi penstriman iQIYI di https://www.iq.com/ atau aplikasi mobile sejurus selepas habis tayangan di tv.
Drama 13 episod yang bakal menggantikan Kerana Cinta Itu Dusta ini merupakan arahan Raja Mukhriz, nukilan skrip daripada Shah Rizal Mashur dan diterbitkan oleh syarikat produksi Country & Universal Sdn. Bhd.
Episod : 13
Tayangan : Slot Samarinda TV3 & iQIYI
Tarikh : Mulai 15 April 2026 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Shah Rizal Mashur
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak
Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Dorm 403 ini seperti Muaz Zabir, Zairi Aziz, Gbril, Evertts Gomes, Nik Rifaie, Muhsin Nadzli, Noki K-Clique, Dynas Mokhtar, Puteri Aleeya dan ramai lagi.
- Muaz Zabir sebagai Fuza (Kuyu)
- Zairi Aziz sebagai Sheikh
- Gbril sebagai Anas Rizwan (Huq)
- Evertts Gomes sebagai Mohd Hariz (Jambu)
- Nik Rifaie sebagai Megat (Lonjong)
- Muhsin Nadzli sebagai Payan
- Noki K-Clique sebagai Cikgu Hadid
- Dynas Mokhtar sebagai Puan Asma
- Puteri Aleeya sebagai Nur Alisha
Sinopsis Drama Dorm 403
Drama Dorm 403 mengisahkan tentang kehidupan pelajar sekolah di sebuah sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Seri Alami yang tiba-tiba dikejutkan dengan kehilangan misteri seorang pelajar lelaki bernama Sheikh.
Kehilangannya menimbulkan tanda tanya besar kerana Sheikh bukanlah pelajar biasa, sebaliknya merupakan anak kepada pengetua sekolah itu sendiri.

Peristiwa tersebut menjadi titik permulaan kepada konflik yang semakin memuncak. Pada awalnya, kisah ini kelihatan seperti drama remaja biasa yang memaparkan persahabatan, pertelingkahan kecil dan bibit percintaan di alam persekolahan.
Namun, suasana mula berubah apabila satu demi satu rahsia lama mula terungkai, menjadikan jalan cerita semakin gelap dan penuh ketegangan.





