Drama Hello Saya Anak Uncle Di TV3

Sempena Ramadan kali ini, TV3 bawakan sebuah drama terbaru berjudul Hello Saya Anak Uncle yang mula ditayangkan pada 17 Mac ini di TV3.

Ianya merupakan sebuah mini drama dimana hanya ada 4 episod sahaja dengan menampilkan genre komedi, sesuai untuk tontonan umum.

hello saya anak uncle

Sinopsis Drama Hello Saya Anak Uncle

Drama Helo Saya Anak Uncle mengisahkan tentang Dr. Suhael iaitu seorang doktor pakar kanak-kanak yang saban hari dikelilingi oleh pesakit kanak-kanak. Kehadiran seorang anak kecil bernama Ciara yang tiba-tiba mengaku sebagai anaknya telah mengucar-ngacirkan hidupnya.

Ayahnya bersekongkol dengan bekas isterinya untuk membiarkan Ciara dijaga oleh Suhael kerana Sarah mengikut suaminya ke luar negara dan terpaksa meninggalkan Ciara disebabkan Ciara akan mula persekolahan darjah 1.

Dia merasakan dunianya gelap, hidup yang dulunya bebas dan tidak terikat dengan komitmen kini telah dibebani dengan tanggungjawab sebagai seorang ayah! Kehadiran Ciara telah menggugat posisi Mira sebagai teman wanita Dr Suhael.

Setiap hari, pelbagai cara yang Mira lakukan di depan Ciara untuk memastikan bahawa Ciara sedar akan posisinya di hati Dr Suhael. 

Namun kemunculan Cikgu Wawa yang merupakan guru sekolah Ciara juga menjadikan Mira semakin membara. Berjayakah Mira menyisihkan posisi Ciara sebagai anak? Adakah kehadiran Ciara hanyalah satu bebanan?

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama siri ini seperti Izzue Islam, Zara Zya, Rania Amanda, Aprena Manrose, Raden Zaharatul, Umar Al Amsyar, Kuna Muzani, Hafidzuddin Fazil dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Izzue Islam sebagai Dr. Suhael
  • Aprena Manrose sebagai Sarah
  • Raden Zaharatul sebagai Mira
  • Zara Zya sebagai Cikgu Wawa
  • Rania Amanda sebagai Ciara

Produksi & Pengarah

Drama 4 episod ini merupakan arahan Idora Abdul Rahman, penulisan skrip daripada Nieza Nahar dan diterbitkan oleh produksi Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Tonton drama Helo Saya Anak Uncle mulai 17 Mac 2024, setiap hari Ahad, bersiaran pukul 9.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.

Info Penuh Drama

Episod : 4
Bersiaran : TV3
Tarikh : Mulai 17 Mac 2024 (Setiap Ahad)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Leave a Comment