Drama Kiblat Ke Syurga Di Astro Ria

Bermula 5 Jun ini, Astro menerusi Gempak Original siri membawakan drama terbaru berjudul Kiblat Ke Syurga yang akan bersiaran menerusi saluran Astro Ria.

Drama yang merupakan idea asal daripada Mira Abd Aziz dan Ezrie Gazali ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Azira Shafinaz, Iedil Putra, Lisa Surihani dan ramai lagi.

kiblat ke syurga

Sinopsis Drama Kiblat Ke Syurga

Drama Kiblat Ke Syurga mengisahkan tentang perkahwinan Nina dan Fakhri yang bahagia dengan pandangan liberal mereka. Akan tetapi segalanya berubah apabila Nina mendapat hidayah untuk berhijrah ke arah lebih baik.

Dalam usaha mendalami agama Islam, Nina mula menghadiri kelas-kelas agama dan bertemu dengan Ustaz Hadi yang mempunyai keperibadian berbeza daripada Fakhri. Ustaz Hadi terkenal dengan ceramahnya berkaitan rumah tangga dan keluarga.

Disebabkan itu, Nina menghadiri ceramah Ustaz Hadi dan meminta nasihatnya dalam usaha menjadi seorang muslim yang lebih baik.

Dari siti Nina secara tidak sengaja mempunyai perasaan terhadap Ustaz Hadi dan menyembunyikan status perkahwinannya dari pendakwah itu.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi juga terpalit dengan permasalahan percintaan di mana dirinya tersekat dalam perkahwinan yang diatu bersama seorang wanita yang juga penceramah agama, Dr. Khadijah. Akan tetapi, Ustaz Hadi juga dalam diam mempunyai perasaan terhadap Nina.

Sedar akan rumah tangganya yang sedang bergolak, Fakhri mengambil keputusan untuk mempelajari agama demi isterinya walaupun sukar.

Fakhri bagaimanapun secara tidak sengaja meminta nasihat daripada Ustaz Hadi tanpa mengetahui bahawa isterinya juga meminta nasihat daripada orang yang sama.

Advertisements

Kesemua mereka berada di jalan ke syurga, tetapi ia penuh dengan cabaran dan rintangan. Bagaimanakan pengakhirnnya?

kiblat ke syurga

Pelakon Dan Watak

Selain daripada Azira, Iedil dan Lisa, terdapat juga pelakon-pelakon lain yang terlibat seperti Syarul Ezani, Natasha Elyzza, Shah Kimin, Megat Sharizal, Sean Lee, Raja Azmi, Safuan Rashid, Rasya Sofea Dean dan ramai lagi.

  • Azira Shafinaz sebagai Nina
  • Iedil Dzuhrie sebagai Fakhri
  • Lisa Surihani sebagai Khadijah
  • Syarul Ezani sebagai Hadi
  • Sean Lee sebagai Sean
  • Natasha Elyzza sebagai Alya
  • Raja Azmi sebagai Mama
  • Shah Kimin sebagai Kimin
  • Rasya Dean sebagai Dian
  • Margaret Gan sebagai Nenek Rahmah
  • Nisa Rissa sebagai Dr. Kamariah

Produksi & Pengarah

Drama 8 episod bukan adaptasi ini merupakan arahan Ezrie Gazali, nukilan skrip daripada Mazzamer Rahman, Haffez Amin, Ekim Emir dan Iqaina serta diterbitkan oleh produksi Le Mediator Studio.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Kiblat Ke Syurga yang akan menemui penonton mulai 5 Jun 2024, bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan secara striming di Sooka.

Leave a Comment