Drama Kuih Muah Di Tonton

Selain daripada telefilem dan drama raya di TV3, laman penstriman Tonton juga ada bawakan drama Kuih Muah yang merupakan drama original terbaru.

Sebuah drama siri romantik yang menampilkan Shukri Yahaya dan Ezzanie Jasny sebagai antara teraju utama cerita ini yang mula ditayangkan pada 11 April ini.

kuih muah

Sinopsis Drama Kuih Muah

Drama Kuih Muah bermula dengan kisah pencerian ibu bapa kepada Adam secara mengejut. Dia juga kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh mereka.

Disebabkan itu, Adam yakin dimana dengan menyelamatkan perniagaan kuih keluarganya yang hampir mati, dia juga boleh menyelamatkan perkahwinan ibu bapanya.

Susulan daripada itu, Adam buat keputusan untuk berhenti kerja, sekali gus memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan kuih sehingga membuatkan tunangnya, Ruhana kecewa.

Berbekalkan resipi dan tunjuk ajar daripada neneknya, Adam mempelajari seni membuat kuih.

Persaingan tercetus apabila Kyle, rakan sekolah yang sudah lama bermusuh dengan Adam tiba-tiba muncul dengan perniagaan kuih muih konsep hipster.

Kyle bukan sahaja mengancam perniagaan keluarga Adam, tetapi dia juga merancang untuk merampas Ruhana daripada Adam.

Pelakon & Watak

Pelakon hebat yang membintangi drama ini seperti Shukri Yahaya, Raden Zaharatul, Ezzanie Jasny, Kismah Johar, Muaz Zabir, Roy Azman dan rama lagi.

  • Shukri Yahaya sebagai Adam
  • Ezzanie Jasny sebagai Shahida
  • Raden Zaharatul sebagai Ruhana
  • Muaz Zabir sebagai Kyle
  • Kismah Johar sebagai Nenek
  • Roy Azman sebagai Kamil
  • Aida Khalida sebagai Kamila

Produksi & Pengarah

Drama 8 episod ini merupakan arahan Joon Goh, nukilan skrip daripada Nadia Khan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Cult Film.

Advertisements

OST Drama

Lagu : Karya
Penyanyi : Kaka Azraff & Daniesh Suffian
Lagu : Dari, Omar K
Skrip : Dari, Omar K

Waktu Tayangan

Drama siri Tonton Original Kuih Muah ini akan bersiaran mulai 11 April 2024, setiap hari Khamis sebanyak 2 episod secara eksklusif hanya di https://www.tonton.com.my/ dan aplikasi Tonton.

Siaran Tayangan

Tonton Original

Tarikh Bersiaran

Mulai 11 April 2024 (Setiap Khamis)

Leave a Comment