Drama Leha Leya Lawa (Tonton)

Sebuah drama terbaru yang akan menemui penonton mulai hujung April ini iaitu berjudul Leha Leya Lawa dimana akan ditayangkan secara eksklusif di Tonton.

Dalam drama romantik ini kita bakal dapat saksikan pasangan adik-beradik akan menjadi antara teraju utama iaitu Bella Astillah dan Didi Astillah disamping pelakon lain juga.

leha leya lawa

Sinopsis Drama Leha Leya Lawa

Drama Leha Leya Lawa mengisahkan tentang Leha iaitu seorang wanita yang sentiasa berfikiran positif dan bijak suka membantu menyelesaikan masalah-masalah orang kampung dengan sokongan daripada adiknya Leya.

Leha dan Leya sama-sama mengusahakan butik pengantin peninggalan arwah ibunya dan masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri seperti Leha pakar dalam bidang solekan serta reka bentuk manakala Leya pula mempunyai kepakaran dalam bidang masakan dan dekorasi.

Leya sedang hangat bercinta dengan Jangkho seorang anak muda yang terpengaruh dengan cara pemakaian K-Pop. Leya dan Jangkho mempunyai persamaan dari segi citarasa dan minat tetapi hubungan mereka terganggu dengan kehadiran Rahmah, bekas kekasih Jangkho.

Kehadiran John dalam hidup Leha pada mulanya dianggap sebagai satu musibah, namun lama kelamaan mereka mula jatuh cinta. Kisah cinta mereka terganggu akibat pelbagai konflik yang dihadapi, tambahan mereka juga turut mempunyai jurang perbezaan umur yang jauh.

Berjayakah Leha menamatkan zaman bujangnya? Apakah nasib yang bakal menimpa adik-beradik ini?

Pelakon & Watak Lakonan

Barisan pelakon yang membintangi drama ini seperti Bella Astillah, Didi Astillah, Hazeeq Dean, Muaz Zabir, Ropie, Amyza Aznan, Ezaidi Aziz, Amanda Tan, Shaza Bae, Wan Gegau dan ramai lagi.

  • Bella Astillah sebagai Leha
  • Didi Astillah sebagai Leya
  • Muaz Zabir sebagai John
  • Ezaidi Aziz sebagai Jangkho
  • Hazeeq Dean sebagai Hassan
  • Ropie sebagai Dato JP
  • Shaza Bae sebagai Rahmah
  • Wan Gegau sebagai Bobby
leha leya lawa

Produksi & Pengarah

Drama 13 episod ini mendapat sentuhan daripada pegnarah Azhar Khalid aka Apache, nukilan skrip daripada Amaz Mazilan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Million Pictures Sdn. Bhd.

Advertisements

OST Drama

Lagu : Bermanja Manja
Penyanyi : Bella Astillah & Didi Astillah

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Leha Leya Lawa yang akan menemui anda mulai 29 April 2024 secara eksklusif hanya di Tonton. Boleh langgan dengan harga RM9.90 sebulan.

Dimana Disiarkan

Tonton

Waktu Disiarkan

Mulai 29 April 2024, setiap hari Isnin

Leave a Comment