Drama Lelaki Itu Di TV3

Drama Lelaki Itu terbitan penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima akan menemui penonton mulai 19 Mac 2024 menerusi slot Samarinda di TV3.

Jika sebelum ini, beliau hadir dengan Perempuan Itu, kali ini satu lagi naskah hebat terbaru akan ditayangkan sempena bulan Ramadan ini.

lelaki itu

Sinopsis Drama Lelaki Itu

Drama Lelaki Itu mengisahkan tentang kehidupan keluarga Syed Mirza yang tidak mana dia tidak mampu untuk menjadi khalifah di rumahnya sendiri. Sebaliknya hanya mampu menjadi ‘lelaki’ di luar rumahnya.

Syed Mirza berkahwin dengan seorang wanita kaya yang berpengaruh iaitu Sharifah Qaidah. Mereka berdua dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Baiyina, Batrisya dan Bahiya.

Meskipun mereka hidup dalam serba lengkap, namun kehidupan rumahtangga mereka tidak seperti yang diidamkan oleh Sharifa Qaidah. Dia berlagak sebagai ketua rumah tangga kerana statusnya dan ini membuatkan Syed Mirza iaitu seorang suami berasa terkongkong.

Barisan Pelakon

Drama dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Adi Putra, Nur Fazura, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda, Hannah Delisha, Nadia Brian, Sophia AlBarakbah, Ameerul Asyraf, Aedy Ashraf dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Adi Putra sebagai Syed Mirza
  • Sarimah Ibrahim sebagai Sharifah Qaidah
  • Nur Fazura sebagai Imani
  • Nabila Huda sebagai Sarina
  • Hannah Delisha sebagai Batrisya
  • Nadia Brian sebagai Sharifah Baiyinah
  • Sophia Albarakbah sebagai Sharifah Bahiyah

Produksi & Pengarah

Drama 30 episod ini merupakan arahan Along Kamaluddin, nukilan skrip daripada Eirma Fatima dan diterbitkan oleh syarikat produksi Rumah Karya Citra.

Waktu Bersiaran

Jangan terlepas untuk saksikan drama Lelaki Itu mulai 19 Mac 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau secara online di Tonton.

Advertisements

Info Penuh Drama

Episod : 30
Bersiaran : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 19 Mac 2024 (Isnin – Jumaat)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Erma Fatima
Pengarah : Along Kamaluddin
Produksi : Rumah Karya Citra

Mula Bersiaran

19 Mac 2024 (Isnin – Jumaat)

Tayangan

TV3 dan online striming Tonton

Waktu Bersiaran

10.00 Malam

Leave a Comment