Drama Mentua Kasih Yang Dipersia Di TV3

TV3 bakal menyajikan drama terbaru berjudul Mentua Kasih Yang Dipersia dimana akan mulai disiarkan pada 24 Ogos 2024 menerusi slot Lestary di TV3. Juga terdapat tayangan di aplikasi Tonton.

Drama baru yang bakal menggantikan Pengantin Pasti Jadi ini menampilkan lakonan hebat daripada Fauziah Ahmad Daud bersama Syarul Ezani dan Elizad Sharifuddin sebagai teraju utama.

Sinopsis Drama Mentua

Drama Mentua mengisahkan tentang Azizah iaitu seorang ibu dan isteri yang dominan, merasa terancam dengan kehadiran menantu baharunya, Emilia, yang berkahwin dengan anak sulungnya, Amir.

Azizah menampilkan dirinya sebagai seorang yang anggun, berjaya, dan sentiasa dipandang tinggi oleh keluarga serta masyarakat setempat.

Sebagai tunggak keluarga, dia percaya bahawa dirinya akan sentiasa dihargai dan dikasihi. Dia selalu berpesan kepada anak-anaknya, “When you marry a woman, make sure you marry one as capable as your mother.”

Emilia mempunyai hampir 90% persamaan karakter dengan dirinya, bezanya Emilia yang cantik, sopan dan bijak lebih tulus dalam setiap tindakan.

Azizah mula merancang untuk menjatuhkan dan menyingkirkan menantunya dengan pelbagai cara, termasuk menggunakan pekerjanya dan bekas isteri Amir untuk merosakkan hubungan mereka. Mampukah Azizah menyingkirkan Emilia?

Pelakon & Watak

Selain daripada Fauziah, Syarul dan Elizad, terdapat juga pelakon-pelakon lain seperti Apich. Lo, Dayang Areeda, Raden Zaharatul, Dato Jalaludin Hassan, Farahdhiya dan Hanna Aqeela

Bukan itu sahaja, terdapat juga penampilan daripada Jasper Supayah, Nasri Jani, Farhan Asri, Jaja Ilyes, Erry Putra, Dr. Farah Arlinda, Dr. Amirul Nazri dan ramai lagi.

Advertisements
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Azizah
  • Syarul Ezani sebagai Amir
  • Elizad Sharifuddin sebagai Emilia
  • Apich. Lo sebagai Azim
  • Dayang Areeda sebagai Mimi
  • Raden Zaharatul sebagai Sherina
  • Dato Jalaludin Hassan sebagai Husin
  • Farahdhiya sebagai Lidya
  • Hanna Aqeela sebagai Sofea

Produksi Dan Pengarah

Drama 15 episod ini merupakan arahan Zamri Zakaria, nukilan skrip bersama daripada Amin Shakib, Eja Lorena, Siti Solehah Abdul Ghani, Zarihah Hassan dan Shida Zali dan diterbitkan oleh produksi Orangetree Production Sdn. Bhd.

OST Drama

Tajuk : Jika Takdir
Penyanyi : Marsha Milan
Komposer : Sang Hitam, Mas Dewangga, Jova Devito
Lirik : Mas Dewangga

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Mentua Kasih Yang Dipersia mulai 24 Ogos ini, bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3.

Selain itu, penonton juga boleh tonton drama ini secara striming menerusi platform Tonton dengan tayangan 24 jam lebih awal berbanding di saluran yang dinyatakan.

Leave a Comment