Drama Pengantin Pasti Jadi Di TV3

Sebuah drama terbaru berjudul Pengantin Pasti Jadi akan menemui penonton mulai 11 Julai 2024 menerusi slot Lestary di TV3 bagi menggantikan Metro Crime Series.

Kali ini kita bakal dapat saksikan gandingan Ali Reza dan Asha Merican sebagai teraju utama disamping pelakon-pelakon lain seperti Lana Nordin, Khaty Azian dan ramai lagi.

pengantin pasti jadi

Sinopsis Drama Pengantin Pasti Jadi

Drama Pengantin Pasti Jadi mengisahkan tentang Raid yang ditinggalkan pengantin perempuannya iaitu Zara, pada hari pernikahannya, manakala Nureen dimalukan bakal suami Fikri bila tidak hadir pada hari pernikahan.

Kedua-dua jodoh ditentukan ibu-ibu mereka yg cuba jadi penentu hidup mereka. Seri Hanim, ibu tunggal pada Nureen, juga pengasas produk kecantikan dan influencer terkenal, amat tegas pada Nureen.

Dia mahu Nureen nikahi Fikri, pekerja kepercayaannya, supaya mereka boleh kerjasama uruskan perniagaannya dan yg paling penting, jadi hamba yg mengikut telunjuknya. Tetapi Fikri khianat bila tidak muncul di hari pernikahan.

Manakala ibu Raid iaitu Datin Hasnah pula amat protective pada Raid dan cucunya, Tia kerana rasa fobia setelah kematian 3 ahli keluarga iaitu suami, anak sulung dan menantunya. Dia fikir Zara boleh bahagiakan Raid & Tia. Malangnya Zara pula lari dengan skandalnya.

Pelakon Dan Watak

Selain Ali dan Asha, terdapat juga lakonan daripada Cinta Aiyuni, Danies Suffian, Riesha Aslan, Ungku Hariz, Faye Kusairi, Lana Nordin, Khaty Azian, Sera Melissa, Wawa Azuwar, Shyrim Husni dan ramai lagi.

Advertisements
  • Ali Reza sebagai Raid Amzan
  • Asha Merican sebagai Nureen Hasha
  • Cinta Aiyuni sebagai Zara
  • Daniesh Suffian sebagai Fikri
  • Riesha Aslan sebagai Irina
  • Ungku Hariz sebagai Ben
  • Faye Kusairi sebagai Puan Sri Izan
  • Lana Nodin sebagai Seri Hanim
  • Khaty Azian sebagai Datin Hasnah
pengantin pasti jadi

Produksi & Pengarah

Drama 20 episod bukan adaptasi ini merupakan arahan bersaam Ayie Mustafa dan Kyoll Hamzah, nukilan skrip daripada Nieza Nahar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Creative Skill Solution.

OST Drama

Tajuk Lagu : Tic Tac Toe
Penyanyi : Amir Mirza
Komposer : Iqie Hugh
Penulis Lirik : Iqie Hugh

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Pengantin Pasti Jadi mulai 11 Julai 2024, bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3. Selain itu, penonton juga boleh saksikan 24 jam lebih awal secara striming di Tonton.

Leave a Comment