Drama Mihrab Cinta Zulaikha (iQIYI)

Penstriman iQIYI kini kembali dengan satu lagi drama original berjudul ‘Mihrab Cinta Zulaikha’ yang akan menemui penonton secara online bermula 17 Mei ini.

Sebuah drama yang penuh dengan konflik ini menampilkan gandingan pelakon hebat antara Elisya Sandha bersama Azrel Ismail sebagai teraju utama.

mihrab cinta zulaikha

Sinopsis Drama Mihrab Cinta Zulaikha

Drama Mihrab Cinta Zulaikha berkisar tentang Zulaikha yang menerima lamaran Yusof sebagai suami setelah dijanjikan akan membantu Zulaikha memikul tanggungjawab menjaga anak-anak yatim.

Namun begitu, tanpa diduga, Zulaikha sebenarnya terperangkap dalam perlawanan tersebut apabila mengetahui Yusof adalah anak kepada Dato’ Rizal, lelaki yang ingin merampas tanah rumah anak yatim yang diwarisi oleh ibu bapanya selama ini.

Pelakon Dan Watak Lakonan

Berikut merupakan antara pelakon-pelakon yang membarisi drama ini seperti Elisya Sandha, Azrel Ismail, Johan As’ari, Scha Elinnea, Arash Mohd, Rafique Iskandar, Datin Maria Farida, Ieda Moin, Marisa Yasmin dan ramai lagi.

Advertisements
  • Elisya Sandha sebagai Zulaikha
  • Azrel Ismail sebagai Yusof Hakimi
  • Johan As’ari sebagai Aidil
  • Scha Elinnea sebagai Eva
  • Arash Mohd sebagai Dato’ Rizal
  • Maria Farida sebagai Sofia
  • Rafique Iskandar sebagia Syamsul
mihrab cinta zulaikha

Produksi & Pengarah

Drama 12 episod ini merupakan arahan Izuan Mokhtar dan diterbitkan oleh syarikat produksi MIG Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi untuk semua peminat drama melayu, jangan terlepas untuk saksikan drama Mihrab Cinta Zulaikha yang akan mula bersiaran pada 17 Mei 2024, setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 8.00 malam menerusi platform iQIYI.

Leave a Comment