Drama Nuh Dan Layla Di Tv3 (Slot Akasia)

Minggu baru dan bulan baru, TV3 akan bawakan satu lagi drama terbaru berjudul Nuh Dan Layla yang mana akan menemui penonton mulai 1 Julai 2024 menerusi slot Akasia.

Drama yang bakal menggantikan Dua Darjat ini merupakan adaptasi novel dengan judul yang sama ‘Nuh & Laylay’ kara Ieya Sya mula diterbitkan pada tahun 2022.

pelakon nuh dan nayla

Sinopsis Drama Nuh Dan Layla

Drama Nuh Dan Layla mengisahkan tentang Nuh yang telah kehilangan kedua orang tuanya dan memilih untuk tinggal bersama datuknya, Tuan Ibrahim.

Nuh dibesarkan dan dilatih oleh datuknya untuk menjadi penerus legasi perniagaan sehingga dia sanggup mengorbankan impiannya.

Nuh yang mempunyai urusan perniagaan dengan syarikat Jiha bekerja, dia berkenalan dengan Jiha sehingga membuatkan Jiha jatuh cinta dan bertekad untuk menambat hatinya dengan cara kotor.

Jiha kemudian berjaya memiliki Nuh, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian apabila Nuh menyedari bahawa dia sebenarnya dijadikan kambing hitam untuk menutup kesilapan yang Jiha lakukan tanpa pengetahuannya.

Selepas perceraian, Nuh mendapat berita bahawa Jiha menghidap penyakit kanser hati dan tiada harapan untuk sembuh.

Nuh mula merasa simpati dan menyesal atas khilafnya terhadap Jiha semasa mereka masih bergelar suami isteri dahulu.

Jiha yang memikirkan jangka hayatnya tidak lama, meminta Nuh untuk menikahi adik angkatnya iaitu Nayla untuk bersama-sama membesarkan anaknya, Addin.

Nuh dan Nayla akhirnya berkahwin atas dasar amanah yang diberikan. Selepas beberapa bulan, Addin meninggal dunia akibat masalah jantung.

Ekoran dari itu, Nayla menganggap tiada lagi alasan untuk mereka meneruskan perkahwinan. Nayla terus menuntut perceraian namun Nuh menolak atas alasan bimbang akan mengulangi kesilapan yang lalu.

Advertisements

Oleh sebab itu, Nayla meminta izin untuk keluar dari rumah dan berjanji akan kembali semula bagi menyelesaikan hal antara mereka.

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama Nuh Dan Layla iaitu Jazmy Juma, Scha Elinnea, Ezzanie Jasny, Hilal Azman, Arfie Shah, Yusof Hashim, Zila Bakarin, Puteri Khareeza, Lisdawati dan ramai lagi.

  • Jazmy Juma sebagai Nuh
  • Scha Elinnea sebagai Nayla/Ayla
  • Ezzanie Jasny sebagai Jiha
  • Hilal Azman sebagai Tuan Ibrahim
  • Yusof Hashim sebagai Faqeel
  • Puteri Khareeza sebagai Fatimah
nuh dan nayla

OST Drama

Lagu : Masing Masing
Artis : Ernie Zakri dan Ade Govinda
Komposer : Ade Govinda
Lirik : Ade Govinda dan Nabila V

Produksi & Pengarah

Drama 28 episod ini merupakan Idora Abdul Rahman, nukilan skrip daripada Nieza Nahar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama Nuh Dan Layla yang akan bersiaran mulai 1 Julai 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3. Selain itu, anda juga boleh strim secara online untuk episod baru 24 jam lebih awal di Tonton.

Leave a Comment