Drama Polis Peronda Di TV3 & Tonton

TV3 akan bawakan sebuah lagi drama tentang kepolisan iaitu ‘Polis Peronda’ yang mana akan menemui penonton mulai 28 Jun 2024, bersiara setiap hari Jumaat.

Jika sebelum ini, kita biasa dengan Gerak Khas dan Roda-Roda Kuala Lumpur yang mana juga tentang polis. Kini Skop Production datang dengan satu lagi drama tentang badan beruniform tersebut.

polis peronda

Sinopsis Drama Polis Peronda

Koperal Bani (Shah Iskandar), seorang ahli pegawai Unit MPV komited dengan tugasnya walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Ketekunan dan sikap disiplin Koperal Bani dalam menjalankan tugasnya juga disenangi anggota dan pegawai polis yang lain.

Dalam sebuah operasi, Koperal Bani dan Lans Koperal Amar (Raja Afiq) dari unit MPV memburu sebuah kereta yang dipandu laju dalam keadaan mencurigakan. Setelah menahan kereta tersebut, rupanya pemandu adalah seorang lelaki remaja, Aiman yang berusia 16 tahun.

Ibu Aiman dipanggil ke balai untuk memberi keterangan. Dalam pada itu juga Lans Koperal Ali (Arwan Umar) dan Husin (Kodi Rasheed) dari unit rondaan bermotosikal (URB) berhadapan dengan kes-kes ragut.

Dalam masa yang sama, Inspektor Sarah (Puteri Sarah) pula sering ditegur oleh ASP Danial (Ali Reza) supaya mengawasi tugasan anggota bawahannya.

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang tersenarai dalam drama Polis Peronda ini seperti Shah Iskandar, Puteri Sarah, Ali Reza, Ramona Zamzam, Raja Afiq, Soffwany Yusoff, Kodi Rasheed, Ranie Shasha dan ramai lagi.

Advertisements
  • Shah Iskandar sebagai Koperal Bani
  • Puteri Sarah sebagai Insp. Sarah
  • Ali Reza sebagai Asp Danial
  • Ramona Zamzam sebagai Insp. Elly
  • Raja Afiq sebagai Lans Koperal Amar
  • Soffwany Yusoff sebagai Koperal Delisha
  • Kodi Rasheed sebagai Lans Koperal Husin
  • Ranie Shasha sebagai Lans Koperal Shasha
polis peronda

Produksi & Pengarah

Drama 33 episod ini merupakan idea asal daripada Datuk Yusof Haslam dan Syafiq Yusof yang juga bertindak sebagai pengarah bersama C. Kumaresan. Diterbitkan oleh Skop Production Sdn. Bhd.

OST Drama

Lagu : Wira Peronda
Penyanyi : Afif Tarmizie
Komposer : Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Lirik : Ikhwan Fatanna

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Polis Peronda yang akan menemui penonton mulai 28 Jun 2024, bersiaran setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam di TV3. Selain itu, episod baru juga boleh disaksikan 24 jam lebih awal iaitu menerusi platform Tonton.

Leave a Comment