Drama Restu Di iQIYI

Laman penstriman iQIYI kini kembali dengan siri original terbaru drama Restu yang akan menemui penonton mulai 26 April 2024 menerusi platform tersebut secara percuma.

Sebuah drama mengisahkan bagaimana seorang ayah tunggal yang membuat keputusan untuk mencari pengganti hidup, tetapi perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh anaknya.

restu

Sinopsis Drama Restu

Drama Restu bermula dengan kisah Razak iaitu seorang seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat pengiklanan berumur 37 tahun.

Razak kehilangan isterinya, Julia dalam satu kemalangan jalanraya dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Amy, yang berusia 13 tahun.

Sebagai seorang ayah tunggal, bukanlah sesuatu yang mudah untuk Razak menjaga, mendidik, dan membesarkan Amy.

Ibu mertua Razak, Datuk Maria pula sering mempertikaikan kewibawaan Razak menjaga Amy dan juga berhajat untuk mendapatkan hak penjagaan Amy.  

Ketika berhadapan dengan pelbagai masalah membesarkan Amy, Razak mula memikirkan inilah masa yang sesuai untuk dia mencari jodoh kerana Amy juga memerlukan seorang yang bergelar ibu.

Walaubagaimanapun, Amy bertegas bahawa wanita pilihan ayahnya mestilah mendapat restu daripadanya terlebih dahulu.

Razak kemudian dikejutkan dengan kemunculan sahabat arwah isterinya, Julia yang bernama Aini. Dari awal lagi, Aini memang mempunyai niat dan rancangan untuk berkahwin dengan Razak.

Calon untuk menjadi isteri Razak dilengkapkan dengan kehadiran seorang influencer bernama Melanie yang terlibat dalam beberapa projek kerja dengan Razak.

Aini mempunyai hasrat untuk mendekati and memenangi hati Razak  namun pada masa yang sama, Sara, long time work bestie Razak juga muncul juga dalam kehidupan Razak.

Tambahan pula, Amy juga tidak senang dengan kehadiran Aini dalam hidup Razak. Di sebalik kekalutan ini, dapatkah Razak menemukan wanita yang tepat dan sesuai untuk menjadi seorang ibu kepada Amy dan menjadi suri hatinya selepas Aini?

Dapatkah bakal isterinya menempuhi dugaan hidup berumahtangga?

Barisan Pelakon Dan Watak

Drama Restu menampilkan pelakon-pelakon seperti Remy Ishak, Wann Ali, Puteri Rafasya, Siti Elizad, Elizabeth Tan, Ahirine Ahiruddin, Yusuf Bahrin, Junji Delfino, Ezzaty Abdullah, Adlin Aman Ramlee dan ramai lagi.

  • Remy Ishak sebagai Razak
  • Wanna Ali sebagai Aini
  • Puteri Rafasya sebagai Amy
  • Siti Elizad sebagai Sara
  • Elizabeth Tan sebagai Melanie
  • Ahirine Ahirudin sebagai Janna
  • Yusuf Bahrin sebagai Atiq
  • Junji Delfino sebagai Datuk Maria
  • Ezzaty Abdullah sebagai Julia
  • Adlin Aman Ramlee sebagai Tajul
  • Muntazar Ghufran sebagai Kimi
  • Danish Hazriq sebagai Danish
  • Dian P Ramlee sebagai Maryam
drama restu

Produksi & Pengarah

Drama bukan adaptasi 10 episod ini merupakan arahan Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh syarikat produksi Infinitus Entertainment Malaysia Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Restu mulai 26 April 2024, bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu, pukul 9.00 malam secara eksklusif di https://www.iq.com/ atau aplikasi iQIYI.

Anda boleh tonton episod pertama secara percuma dan untuk episod baru seterusnya, anda perlu membuat langganan akses VIP. Namun episod baru tersebut boleh ditonton secara percuma 48 jam kemudian.

Dimana Disiarkan

Penstriman iQIYI

Boleh Tonton Secara Percuma?

Penonton boleh tonton secara percuma untuk episod pertama. Untuk episod baru, hanya boleh ditonton secara percuma selepas 48 jam kemudian. Boleh langgan akaun VIP untuk menonton lebih awal.

Bila Disiarkan

Mulai 26 April 2024, setiap Jumaat dan Sabtu, pukul 9.00 malam

Pelakon:

Leave a Comment