Drama Sesaat Lebih Di Viu

Saksikan drama terbaru Sesaat Lebih yang akan menemui penonton mulai 29 Januari 2026 yang akan ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman Viu.

Drama Viu Original ini merupakan arahan Riza Baharudin, nukilan skrip daripada Liza Nur dan diterbitkan oleh produksi Global Station Sdn. Bhd.

Episod : 12
Tayangan : Viu Original
Tarikh : Mulai 29 Januari 2026
Penulis Skrip : Liza Nur
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Drama Sesaat Lebih

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara pelakon dan watak dalam drama Sesaat Lebih seperti Nabila Razali, Alvin Chong, Haziq Hussni, Zila Bakarin, Hawra Jamalullaila, Fahmy Reza dan ramai lagi.

Advertisements
  • Nabila Razali sebagai Adelia
  • Alvin Chong sebagai Haoyu
  • Haziq Hussni sebagai Adeef
  • Zila Bakarin sebagai Anis
  • Hawra Jamalullaila sebagai Hana
  • Fahmy Reza sebagai Hasnul
Pelakon Sesaat Lebih

Sinopsis Drama Sesaat Lebih

Drama Sesaat Lebih mengisahkan tentang perjalanan emosi Adelia, seorang wanita berkerjaya yang terpaksa berdepan kenyataan pahit apabila suaminya, Haoyu, pergi buat selamanya secara tiba-tiba.

Kehilangan itu meruntuhkan dunianya, namun Adelia tetap berusaha bangkit dan menyusun semula kehidupan demi anak perempuan kesayangannya.

Dalam proses tersebut, kehadiran Adeef, rakan karib Haoyu sejak zaman universiti, menghidupkan kembali kenangan lama serta membawa sinar harapan dan kekuatan baharu dalam hidupnya.