Table Of Content
Drama Si Jantung Hati pastinya bakal menarik minat ramai peminat drama melayu apabila ada mengetengahkan cerita ilmu perubatan apabila manusia menerima pemindahan jantung babi.
Meskipun begitu, drama 10 episod ini masih memutarkan isu-isu lain yang bersifat universal seperti isu kemanusiaan, judgemental, prejudis serta cinta.

Sinopsis Drama Si Jantung Hati
Drama Si Jantung Hati mengisahkan tentang Amir yang berusia 23 tahun menerima berita buruk apabila dia perlu gantikan jantungnya dengan segera atau dia akan mati.
Akibat terdesak dan mahu menangguh kematian, Amir mengambil keputusan melakukan pemindahan jantung babi yang diperoleh melalui kawan lamanya.
Bagaimanapaun, setelah bangun dari pembedahan, persoalan mulai timbul dalam diri Amir sama ada darah yang dipam dalam badanya menerusi jantung babi membuatkan tubuhnya menjadi haram?
Apakah segala ibadah yang dilakukan akan diterima oleh tuhan sepanjang hidupnya selagi jantung tersebut masih berada dalam badanya?
Barisan Pelakon
Berikut antara barisan pelakon yang membintangi drama ini seperti Syarul Ezani, Siti Hariesa, Malis, Fikhree Bakar, Dato’ Jalaluddin Hassan, Jay Iswazir, Razin Qidran, Ash Azhan dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Syarul Ezani sebagai Amir
- Siti Hariesa sebagai Manis
- Malis sebagai Cantik
- Fikhree Bakar sebagai Razak
- Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Zul
- Jay Iswazir sebagai Sopi
- Razin Qidran sebagai Muz
- Asha Azhan sebagai Maya

Produksi & Pengarah
Drama ini merupakan arahan Mohd Zainorhisyam Samudin (Wak Dol), penulisan skrip daripada Mike Mourinho dan diterbitkan oleh syarikat produksi Mache All Star United Sdn. Bhd.
OST Drama
Lagu : Pejam
Penyanyi : Khai Bahar & Adira Suhaimi
Penulis lirik: Shazee Ishak, Audi Mok
Komposer: Shazee Ishak , Audi Mok
Waktu Bersiaran
Saksikan drama terbaru Si Jantung Hati yang akan mula bersiaran pada 7 Februari 2024, setiap Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.
Selain itu, bagi anda yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara striming di platform Sooka, hanya perlu langgan dengan harga RM14.50 untuk pakej Entertainment
Info Penuh Drama
Episod : 10
Bersiaran : Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 7 Februari 2024 (Rabu – Khamis)
Skrip : Mike Mourinho
Pengarah : Mohd Zainorhisyam Samudin
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.