Drama Terjerat Di iQIYI

Sebuah lagi drama terbaru iQIYI Original akan ditayangkan di platform OTT tersebut iaitu berjudul Terjerat yang mana akan menemui penonton mulai 21 Jun 2024.

Sebuah drama dan naskah berat yang penuh emosi ini menampilkan gandingan yang kini sering diperkatakan iaitu Ruhainies dan Aliff Aziz.

drama terjerat iqiyi

Sinopsis Drama Terjerat

Drama Terjerat mengisahkan bagaimana permulaan Nadia dan Faliq yang terperangkap dalam sebuah episod penculikan selama seminggu akibat berada dalam krisis yang dahsyat berkaitan hutang masing-masing.

Nadia dan Izham adalah pasangan suami isteri yang menghadapi pelbagai masalah rumahtangga akibat ketagihan judi online. Dengan itulah, Izham telah terjebak dengan hutang Ah Long atau ceti haram.

Penculikan Nadi dan Ah Long mempertemukan dia dengan Faliq iaitu seorang lagi mangsa yang juga terjerat dalam situasi yang serupa dengan mereka kerana hutang isterinya.

Sepanjang penawanan mereka, Nadia dan Faliq membina ikatan yang semakin erat, menawarkan sokongan dan harapan satu sama lain dalam situasi yang mendesak. Dalam masa yang sama Izham terus mengabaikan tanggungjawab dan mengadakan hubunga sulit dengan adiknya Nadia iaitu Anis.

Dapatkan ikatan yang terjalin dalam kegelapan itu akhirnya membawa mereka kepada cinta yang tidak dijangka yang mana memaksa mereka mimilih antara kesetiaan kepada pasangan yang tidak jujur atau tarikan takdir yang tidak dapat dilawan?

Advertisements

Pelakon & Watak

Selain Ruhainies dan Aliff, terdapat juga pelakon-pelakon seperti Fendy Bakry, Jaja Iliyes, Idzham Ismail, Dayang Areeda, Haifa Halina, Hanna Aqeela, Erry Putra, Amanda Misbun, Omar Abdullah, Aishah Atan dan ramai lagi.

  • Ruhainies sebagai Nadia
  • Aliff Aziz sebagai Faliq
  • Fendy Bakry sebagai Izham
  • Jaja Iliyes sebagai Anis
  • Idzham Ismail sebagai Joe
  • Dayang Areeda sebagai Shasha
  • Haifa Halina sebagai Humaira
  • Hanna Aqeela sebagai Ellena
  • Erry Putra sebagai Mahfuz
  • Amanda Misbun sebagai Puan Hasnah
  • Omar Abdullah sebagai Tuan Ahmad
drama terjerat

Produksi Dan Pengarah

Drama siri original 12 episod ini merupakan arahan Azmi Hata, nukilan skrip antara Amin Shakib, Eja Lorena serta Dede Yusof dan diterbitkan oleh syarikat produksi Orangestree Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama Terjerat yang akan menemui penonton mulai 21 Jun 2024, bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu, pukul 9.00 malam secara eksklusif hanya di iQIYI.

Leave a Comment