Drama Terlanjur Cinta Di Viu

Sebuah lagi drama Viu Original terbaru yang akan menemui penonton mulai 14 Mac ini iaitu menerusi drama Terlanjur Cinta arahan Izuan Mokhtar.

Sebuah drama 12 episod yang mengetengahkan isu-isu sosial seperti kemiskinan, penyalahgunaan dadah serta poligami dalam masyarakat 

terlanjur cinta

Sinopsis Drama Terlanjur Cinta

Drama Terlanjur Cinta mengisahkan tentang kisah Aisyah iaitu seorang gadis muda yang terpaksa berkahwin dengan Pak Majid yang merupakan seorang duda tua, demi menyelamatkan abangnya Salleh yang terlibat dengan dadah dan keluar daripada kemiskinan.

Disebabkan itulah, Aisyah melupakan cinta hatinya iaitu Amir. Meskipun perbezaan jarak umur antara mereka, Pak Majid berjaya menawan hati Aisyah atas sikap berbudi bahasa dan menawan yang ada padanya.

Namun, perkahwinan itu membawa konflik dan cabaran apabila Pak Majid membawa pulang isteri kedua dari kerja luarnya. Sementara itu, Amir, rakan Aisyah yang mencintainya, masih berharap untuk mendapatkan hati Aisyah.

Sementara itu, Amir yang menunggu Aisyah mempersoalkan dirinya, samada beliau masih berpeluang memberikan kebahagiaan kepada Aisyah.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Khir Rahman, Syafi Tee, Umie Aida dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Puteri Balqis sebagai Aisyah
  • Syafiq Kyle sebagai Amir
  • Syafie Naswip sebagai Salleh
  • Khir Rahman sebagai Pak Majid
  • Syafi Tee sebagai Hassan
  • Umie Aida sebagai Mariam

Produksi & Pengarah

Drama ini merupakan arahan sutradara Izuan Mokhtar, penulisan skrip daripada Erma Fatima dan diterbitkan oleh syarikat produksi Rumah Karya Cinta.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Terlanjur Cinta mulai 14 Mac 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 12.00 tengah hari dan seterusnya hanya di Viu.

Info Penuh Drama

Episod : 12
Bersiaran : Viu Original di Viu
Tarikh : Mulai 14 Mac 2024 (Khamis – Sabtu)
Waktu : 12.00 Tengah Hari
Penulis Skrip :Erma Fatima
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Rumah Karya Cinta

Leave a Comment