Drama Uncle Bos Mama Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Drama terbaru keluaran Astro berjudul Uncle Bos Mama akan mula menemui penonton pada 9 September 2024 menerusi slot Megadrama di Astro Ria bagi menggantikan Dari Mata Turun Ke Hati.

Sebuah karya yang mana mengisahkan tentang seorang wanita menjadi ‘mama instant’ mengharungi hari-hari yang mencabar demi membesarkan 4 orang anak jagaanya.

Drama romantik kekeluargaan ini menampilkan gandingan pelakon yang sedang meningkat naik Ezzanie Jasny bersama Meerqeen sebagai teraju utama.

uncle bos mama

Sinopsis Drama Uncle Bos Mama

Drama Uncle Bos Mama bermula dengan watak Fish, yang menjadi bidan terjun sebagai seorang ‘mama instant’, menjaga 4 orang anak yang telah ditinggalkan setelah kematian kakak angkatnya & apabila kakaknya dipenjarakan.

Dalam masa yang sama juga, Fish terpaksa berhadapan konflik di tempat kerja apabila sering dibuli dan mendapat layanan buruk dari majikannya yang ‘digelar bos dari neraka’, Josh iaitu seorang majikan yang keras kepala, baran dan angkuh.

Fish selaku pembantu peribadi kepada Josh sering mendapat layanan buruk dan menjadi tempat Josh untuk melepaskan geram. Fokus Fish di tempat kerja mula terganggu apabila pelbagai masalah ditimbulkan oleh anak-anak jagaannya.

Pelakon Dan Watak

Selain daripada Meerqeen dan Ezani Jasny, terdapat juga pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam drama ini seperti Yusuf Bahrin, Riz Amin, Wan Nur Azlin, Eliva Chua dan ramai lagi.

Advertisements
  • Meerqeen sebagai Josh
  • Ezani Jasny sebagai Fish
  • Yusuf Bahrin sebagai Haidir
  • Riz Amin sebagai Shariman
  • Wan Nur Azlin sebagai Maznah
  • Eliva Chua sebagai Leona
uncle bos mama

Produksi & Pengarah

Drama 24 episod yang merupakan adaptasi novel karya Nurul Syahida dengan judul yang sama ini merupakan arahan Hadith Omar dan diterbitkan oleh produksi iFabulous Art Media & Event (iFAME).

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama Uncle Bos Mama yang akan bersiaran mulai 9 September 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria.

Juga tersedia dan boleh strim menerusi platform On Demand, Astro Go dan Sooka.

Leave a Comment