Drama Wanita Syurga Di TV3

Minggu ini, slot Akasia akan ada drama baru iaitu berjudul Wanita Syurga yang akan mula bersiaran pada 15 Mac 2024 menerusi saluran TV3.

Drama 35 episod ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Siti Khadijah Halil, Redza Rosli, Nazim Othman, Riena Diana dan ramai lagi.

wanita syurga

Sinopsis Drama Wanita Syurga

Drama Wantia Syurga mengisahkan tentang seorang wanita bernama Ardini yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak iaitu Wanna dan Warith tetapi kehidupannya tidak sempurna.

Dia terpaksa berkorban demi melepaskan diri dari sebuah perkahwinan yang dicurangi oleh suami sendiri, Amar. Pengorbanan tersebut membuatkan dia tekad untuk mendapatkan kembali haknya.

Kedatangan Luqman yang merupakan seorang peguam syarie yang juga kawan sekampung Ardini membuatkan Ardini kembali bernafas dan nekad untuk mendapatkan kembali haknya yang di rampas oleh Amar dan Farah.

Mampukah Ardini mendapatkan semula hak nya yang hilang?

Barisan Pelakon

Berikut antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama siri ini seperti Siti Khadijah Halim, Redza Rosli, Nazim Othman, Riena Diana, Shah Iskandar, Puteri Khareeza, Marisa Yasmin, Amyza Aznan, Annie Mosha, Ariena Mikayla dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Redza Rosli sebagai Amar
  • Siti Khadijah Halim sebagai Ardini
  • Riena Diana sebagai Farah
  • Marissa Yasmin sebagai Aleeza
  • Nazim Othman sebagai Lukman
  • Shah Iskandar sebagai Firdaus
  • Puteri Khareeza sebagai Lenne
  • Wan Sharmila sebagai Hanis
  • Amyza Aznan sebagai Cik Mimi

Produksi & Pengarah

Drama 35 episod yang menggantikan My Lovely Driver ini merupakan arahan Reza Baharuddin, penulisan skrip daripada Sophilea dan diterbitkan oleh produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama bersiri Wanita Syurga yang akan bersiaran mulai 15 Mac 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3 dan online Tonton.

Selain itu, bagi yang terlepas untuk saksikan di tv, anda juga boleh strim drama ini menerusi platform iQIYI atau aplikasi mobile sejurus selepas habis tayangan di tv.

Info Penuh Drama

Episod : 35
Bersiaran : Slot Akasia TV3 & iQIYI
Tarikh : Mulai 15 Mac 2024 (Isnin – Jumaat)
Waktu : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Sophilea
Pengarah : Reza Baharuddin
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Leave a Comment