Filem 19 Puasa Playboys Of Plestik Hitam Di Astro First Mulai 28 Mac Ini

Disangkakan tiada sambungan, tetapi tidak, apabila filem 19 Puasa: Playboys Of Plestik Hitam akan menemui penonton pada 28 Mac 2024 menerusi tayangan di Astro First.

Filem ini adalah kesinambungan daripada 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa sebelum ini yang mana kesemuanya merupakan hasil buah tangan pengarah legenda Arwah Mamat Khalid.

Ternyata karya ini tidak terhenti disini apabila, warisnya iaitu Amin Khaled menyambung legasi ayahnya tersebut menerusi filem terbaru ’19 Puasa: Playboys Of Plestik Hitam’.

Menarik kali ini, geng-geng plastik hitam ini ponteng puasa di atas lautan dan bukan lagi di darat. Geng Van Jenazah juga telah ‘upgrade’ kepada Geng Bot Jenazah iaitu ditugaskan untuk menangkap mereka yang tidak berpuasa.

Bukan itu sahaja, nampaknya Amin Khaled bakal membawakan satu lagi kejutan dan perkara menarik dalam filem ini iaitu ada elemen ‘multiverse’ jika anda lihat dalam trailer rasmi yang ditayangkan.

19 puasa

Untuk info, 16 Puasa dan 17 Puasa, Bell Ngasri membawa watak Dak Ngas yang berlaku di Kampung Beko. Manakala 18 Puasa Di Kampung Pisang, merupakan watak Barkoba yang berlaku di Kampung Pisang.

Jadi kemungkinan ‘multiverse’ yang dimaksudkan ini adalah pertembungan antara watak Barkoba dan watak Dak Ngas. Tapi nak tahu kebenarannya, kena tengok 28 Mac ini.

Sinopsis Filem 19 Puasa: Playboys Of Plestik Hitam

Filem 19 Puasa: Playboys Of Plestik Hitam ini mengisahkan tentang Dak Ngas dan rakan-rakannya yang tidak puasa ketika menjelang bulan Ramadan.

Dak Ngas melakukan kerja sebagai perkhidmatan penghantaran makanan di Kampung Beko adalah sebagai tipu helah untuk membeli makanan dengan mudah untuk rakan-rakannya dari kedai-kedai tertentu.

Mereka menyembunyikan aktiviti mereka daripada ahli keluarga masing-masing. Ketua Kampung Beko yang baru mengumumkan kempen anti puasa kerana bukti yang ditemui oleh Geng Van Jenazah yang diketuai oleh YB Cip.

Mereka mula menyekat jalan raya termasuk lorong-lorong di kampung bagi memantau aktiviti ‘yak yak yeay’.

Advertisements
19 puasa playboys of plestik hitam

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Bell Ngasri, Aziz M. Osman, Dewa Sapri, Sharwani NS, TJ Isa, Rashid Mohd, Imuda, Joey Daud, Kazar Saisi, Azman Naim, Mat London, Amen Khalid dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Bell Ngasri sebagai Dak Ngas
  • Aziz M. Osman sebagai Ajiz
  • TJ Isa sebagai Kudha
  • Sharwani NS sebagai Wani
  • Joey Daud sebagai Daud M
  • Kazar Saisi sebagai Pak Din
  • Azman Naim sebagai Gerhana

Produksi & Pengarah

Super tele terbaru yang merupakan franchise daripada 16, 17 Puasa ini merupakan arahan Amen Khalid, skrip serta jalan cerita ditulis juga oleh beliau serta dan diterbitkan oleh Enjit-Enjit Semu Production.

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem 19 Puasa: Playboys Of Plestik Hitam yang akan mula ditayangkan pada 28 Mac 2024 menerusi pawagam rumah anda di Astro First. Langgan disini dengan harga RM15 untuk tempoh 48 jam.

Info Penuh Filem

Tayangan : Astro First 480
Tarikh : 28 Mac 2024 (Khamis)
Skrip : Amen Khalid
Pengarah : Amen Khalid
Produksi : Enjit-Enjit Semut Production

Leave a Comment