Filem Abnormal Buas Ditayangan Di Pawagam Mulai 20 Jun 2024

Jangan lupa untuk saksikan filem Abnormal Buas yang akan mula ditayangkan pada 20 Jun 2024 (Khamis) hingga seterusnya di pawagam seluruh Malaysia. Ianya merupakan sebuah filem seram tempatan.

Filem yang pastinya akan memukau penonton ini merupakan arahan Azhari Zain, nukilan skrip daripada Gawar Sawbaqyah dan diterbitkan oleh syarikat produksi Respected Citizen Sdn. Bhd.

Filem dengan genre seram thriller ini tidak berlatarbelakangkan Malaysia, sebaliknya menggunakan negara fiksyen Kota Rimoria. Ini pastinya memberikan ruang yang luas untuk pengarah berkarya tanpa sekatan tapisan.

Bukan itu sahaja, filem ini lebih menarik apabila ianya diterbitkan pula dalam bentuk novel. Jadi orang ramai boleh mengenali dan memahami cerita Abnormal Buas dengan lebih mendalam lagi menerusi novel ini.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 20 Jun 2024 (Khamis)
Skrip : Gawar Sawbaqyah
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Respected Citizen Sdn. Bhd.

pelakon abnormal buas

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi filem Abnormal Buas ini seperti Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Hayla, Adlin Aman Ramlie, Shaheizy Sam, Nabila Huda, Johan As’ari, Kodi Rasheed dan Emelda Rosemila

Selain itu, terdapat juga pelakon-pelakon veteran seperti Ahmad Yatim, Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Jalil Hamid dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Aerill Zafrel sebagai Puzo
  • Wawa Zainal sebagai Hani
  • Hayla sebagai Syu
  • Emelda Rosemila sebagai Speed
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Bullet
  • Kodi Rasheed sebagai Rocket

Sinopsis Filem Abnormal Buas

Perancangan percutian Hady untuk menggembirakan isterinya, Hani sebelum menyambut kelahiran anak kedua mereka di rumah agam milik keluarga Hady disambut dengan tragedi hitam buat Hady sekeluarga.

Advertisements

Puzo yang melarikan diri dari kemalangan menjadikan rumah persinggahan Hady sebagai tempat berteduh. Kumpulan perompak yang diketuai Bullet berjaya merompak sebuah rumah dan meninggalkan kawasan rompakan tanpa boleh dikesan.

Rompakan yang tersusun dan terancang membolehkan Bullet, Speed dan Rocket merompak dengan zero-risiko. Selesai memasuki perkarangan rumah, Puzo tidak bertangguh untuk menamatkan riwayat Hady yang tiada dosa padanya. Hani terkaku melihat kejadian itu cuba untuk menyelamatkan diri namun sempat disentap oleh Puzo.

abnormal buas

Kini, tinggallah Syu yang sedang tidur di dalam kereta kerana keletihan sepanjang perjalanan yang jauh. Syu terjaga dari tidur di dalam kamar rumah agam itu mencari ayah dan ibunya, namun hanya ada Puzo di depannya.

Puzo lagaknya seperti tiada apa yang berlaku. Kehadiran tiga perompak di rumah agam pada malam yang sama telah mengimbau kenangan Puzo 10 tahun lalu. Siapakah akan terselamat pada malam penuh tragis itu?

Leave a Comment