Filem Banglo Seksyen 12 Di Pawagam Mulai 25 Januari 2024

Tahun 2024 ini, filem seram sebagai pembuka tirai tahun baru akan dimulakan dengan filem Banglo Seksyen 12 yang akan menemui orang ramai bermula 25 Januari 2024.

Orang Shah Alam mungkin pernah dengar tentang kisah misteri di sebalik Banglo Seksyen 12 ini yang mana ramai paranormal yang datang untuk merungkai misteri tersebut.

Daripada kisah itu juga, pada tahun 2016 telah diterbitkan sebuah novel dengan tajuk “Banglo Seksyen 12” karya Hasrudi Jawawi dan seterusnya filem ini diterbitkan hasil inpisrasi daripada novel tersebut.

banglo seksyen 12

Sinopsis Filem Banglo Seksyen 12

Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan sekumpulan remaja yang membuat penggambaran bagi kandungan youtube di banglo yang pernah terjadi pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada 2006

Keadaan menjadi misteri apabila kumpulan paranormal profesional yang datang ke lokasi menemui beberapa mayat tanpa kepala di dalam banglo itu. Ada seorang remaja iaitu terselamat, mukanya berlumuran darah sedang ditenangkan oleh Dr. Saleha yang memperkenalkan dirinya sebagai pakar psikologi.

Dr Saleha memberitahu, kronologi misteri pembunuhan pada 2006 adalah sama seperti yang berlaku pada malam itu. Dia juga seorang doktor yang merawat seorang remaja yang terselamat dari kejadian misteri pada masa lalu.

Fahmi masih trauma dan selepas dipujuk oleh Dr Saleha, dia kemudian menceritakan pelbagai perkara misteri itu berlaku sebelum semua rakannya hilang dan meninggal dunia.

Dia berasa seperti telah memasuki dunia lain ketika berada di dalam banglo itu. Selepas didesak bertubi-tubi oleh ketua kumpulan paranormal profesional untuk menceritakan kisah sebenar, Fahmi memberitahu ada makhluk besar membunuh rakannya di banglo itu.

Adakah makhluk itu hanya ilusi atau jelmaan yang dipuja oleh sekumpulan remaja sebelum ini?

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Intan Ladyana, Mustaqim Bahadon, Faez Malek, Hariz Hamdan, Silfeny Osman dan Aniq Suhair.

Bukan itu sahaja, terdapat juga penglibatan daripada Aniq Suhair, Aliff Shaugeen, Shurky Ramlee, Din Tamam, Airil Hafiz, Windz Neom, Suhaimi Azmi, Faris Fitri, Naz Aqiera dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

Intan Ladyana sebagai Dr. Saleha
Mustaqim Bahadon sebagai Hairy
Hariz Hamdan sebagai Fazli
Silfeny Osman sebagai Riena
Faez Malek sebagai Fahmi
Aniq Suhair sebagai Amir

banglo seksyen 12

Produksi & Pengarah

Filem ini merupakan arahan bersama Dharma Nasution dan Intan Ladyana, penulisan skrip daripada pengarah sendiri dan diterbitkan oleh produksi Prisma Pictures Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan filem Banglo Seksyen 12 yang akan mula ditayangkan pada 25 Januari 2025 dan seterusnya di pawagam seluruh Malaysia.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 25 Januari 2024
Penulis Skrip : Dharma Nasution
Pengarah : Dharma Nasution, Intan Ladyana
Produksi : Prisma Pictures Sdn. Bhd.

Leave a Comment