Filem Geng Kubur Temui Penonton Mulai 25 April Ini

Filem seram Geng Kubur akan temui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 April 2024 hingga seterusnya.

Sebuah filem dengan genre seram ini mengisahkan tentang empat sahabat baik yang menjadikan lepak di tanah perkuburan sebagai aktiviti utama mereka.

Tetapi ianya bukanlah sekadar filem seram semata-mata, seperti yang diberitahu oleh tuan pengarah Gavin Yap, ianya menitikberatkan kepada perjalanan kehidupan setiap watak iaitu empat orang sahabat tersebut.

Masing-masing mempunyai kisah tersendiri yang telah menghantui kehidupan mereka. Nak tahu apa cerita disebaliknya? Kena tonton filem Geng Kubur ini di pawagam.

geng kubur

Sinopsis Filem Geng Kubur

Filem Geng Kubur mengisahkan empat sahabat baik iaitu Firhan, Fang Liang, Prem dan Melati yang sering menjadikan kubur tempat lepak mereka (kubur bukan muslim).

Firhan yang kehilangan ibu akibat kemalangan 10 tahun lalu, masih tidak dapat melupakan ibunya dan dia sering bergaduh apabila emosinya terganggu.

Dia merasakan mimpinya adalah realiti dan percaya ibunya masih hidup dan telah mengajak kawan-kawannya pergi ke tempat kejadian untuk mencarinya.

Semasa berada di hutan, pemikiran mereka telah dimanipulasi dan mereka mengalami pelbagai kejadian aneh yang menakutkan. 

Barisan Pelakon & Watak

Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Firdaus Sufiyan, Mia Sara Shauki, Lion Chong, Sasidaran, Nabil Zakaria, Nadia Aqilah dan ramai lagi.

Advertisements
  • Firdaus Sufiyan sebagai Firhan
  • Lion Chong sebagai Fang Liang
  • Sasidaran sebagai Prem
  • Mia Sara Shauki sebagai Melati
geng kubur

Produksi & Pengarah

Filem ini mendapat sentuhan daripada sutradara Gavin Yap yang juga penulis skrip bersama Honey Ahmad dan ianya diterbitkan oleh syarikat produksi Iron Hill Media sdn. Bhd.

Waktu Tayangan

Anda boleh saksikan filem Geng Kubur yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 April 2024 (Khamis) hingga seterusnya.

Dimana Ditayangkan

Pawagam seluruh Malaysia

Bila Ditayangkan

Mulai 25 April 2024 (Khamis)

Leave a Comment