Filem Hantu Telur Kampung Di Pawagam Mulai 11 Julai Ini

Kalau anda tiada aktiviti pada 11 Julai ini, anda boleh jadi yang terawal untuk saksikan filem Hantu Telur Kampung yang mana akan mula ditayangkan di pawagam terpilih seluruh Malaysia.

Pasti perasaan anda akan bercampur-baur apabila menonton filem ini di pawagam kerana ianya merupakan sebuah filem dengan genre seram komedi. Bergelak ketawa sambil disajikan dengan adegan seram.

Sinopsis Filem Hantu Telur Kampung

Filem Hantu Telur Kampung mengisahkan Jai iaitu seorang usahawan pemborong telur yang dicintai oleh dua orang gadis bernama Puteri dan Diana.

Jai dan Puteri menyukai antara satu sama lain dan menolak cinta Diana sebelum ini. Namun Jai mendapat tahu perkara sebenar mengenai Puteri yang meminum telur kampung untuk menutup kedutan satu badannya dan terus beredar ketakutan ke suatu ladang yang terbiar.

Tiba-tiba roh Diana memukul Jai atas rasa dendam dan tidak melepaskan nya. Apa kesudahan Jai dalam cerita ni? Adakah dia mampu diselamatkan atau tidak daripada Puteri dan Diana?. Kalau nak tau, kena tonton di pawagam.

hantu telur kampung

Barisan Pelakon

Filem ini dibarisi pelakon legend iaitu Sathiya, disamping pelakon-pelakon baru seperti Mohd Jailani, Firdaus Luthuffi, Nisa Natalia, Hafiz Islam, Phai Chitra, Shazarul Saad, Jambulingam, Roseli Md Akhir, Fairuzzaki Omar dan ramai lagi.

Advertisements

Produksi & Pengarah

Filem Hantu Telur Kampung ini mendapat sentuhan daripada pengarah Mohd Jailani, nukilan skrip daripada Dr. SKC dan diterbitkan oleh syarikat produksi JAASG Sdn. Bhd.

OST Filem

Tajuk Lagu : Hantu Telur Kampung
Penyanyi : Arbanji Paipi & Adila Azri
Penulis Lirik : Arbanji Paipi
Komposer : Arbanji Paipi

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem Hantu Telur Kampung yang akan menemui penonton pada 11 Julai 2024 (Khamis) di pawagam seluruh Malaysia. Jika anda suka akan genre filem ini, datang saksikan nanti.

Leave a Comment