Filem Kembar Sado Di Astro First

Nak tengok macam mana 2 versi Aedy Ashraf dalam satu filem? Semua ini bakal disajikan menerusi filem Kembar Sado yang ditayangkan menerusi Astro First.

Dalam filem yang bergenre aksi komedi ini, anda bakal saksikan bagaimana 2 adik-beradik kembar, tetapi dibesarkan dengan cara dan latarbelakang yang berbeza.

kembar sado

Sinopsis Filem Kembar Sado

Filem Kembar Sado mengisahkan tentang Kassim dan Roy yang merupakan adik-beradik kembar dan menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia ketika mereka berumur 5 tahun akibat kemalangan.

Roy dibesarkan oleh ketua gangster. Manakala Kassim pula dibesarkan oleh seorang guru agama. Roy menjadi seorang scammer yang tiada hala tuju hidup dan menjadi pelarian Along.

Apabila Roy mendapat tahu dia mempunyai anak kembar, dia mencari abangnya, Kassim. Kassim banyak mengajar Roy tentang agama. Keadaan menjadi buruk selepas Ah long dapat menjejakinya.

Pelakon & Watak

Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem atau supertele ini ialah Aedy Asraf, Rosnah Johari, Haeriyanto Hassan, Siful Wazien, Razzuan Rosli, Baihaqi Majid, Sadiq M. Jamil dan ramai lagi.

Advertisements
  • Aedy Asraf sebagai Roy & Kasim

Pengarah Dan Produksi

Filem aksi komedi ini merupakan arahan sutradara Norhanisham Muhammad aka Labu dan diterbitkan oleh syarikat produksi Entertainment.

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa saksikan filem Kembar Sado yang akan mula ditayangkan di pawagam rumah anda di Astro First mulai 9 Mei 2024 hingga seterusnya. Langgan di saluran 480 dengan harga RM15 untuk tontonan 48 jam.

Leave a Comment