Filem Leha Di Pawagam Mulai 11 April Ini

Filem Leha menjadi filem tempatan pertama yang akan ditayangkan di pawagam dalam bulan Syawal ini iaitu bermula pada 11 April 2024 hingga seterusnya.

Sebuah filem melayu yang mengangkat pengawal keselamatan sebagai hero dan pastinya akan disajikan dengan adegan aksi dan komedi tetapi sarat dengan pengajaran.

filem leha

Filem Leha

Filem Leha mengisahkan tentang mengenai seorang gadis, Leha pekerja di sebuah kilang yang mengetahui rahsia di sebalik kes jenayah pemerdagangan manusia di kilang tempat dia bekerja.

Leha hampir-hampir diculik sekumpulan lelaki di depan kilangnya itu, namun kejadian berkenaan disedari dua orang pengawal keselamatan iaitu Sani dan Khai yang telah menyelamatkannya.

Rupa-rupanya, Leha telah menjumpai dokumen dalam sebuah pen drive yang mengandungi segala maklumat mengenai kegiatan jenayah yang dilakukan bosnya itu menjadi punca dia diculik.

Rentetan daripada itu, Leha bersama Sani dan Khai dan seorang lagi pengawal keselamatan yang baru bekerja iaitu Adam telah bergabung untuk membongkar kegiatan jenayah berkenaan.

Barisan Pelakon

Filem ini membariskan pelakon seperti Ali Puteh, Kodi Rasheed, D’boy Hamdan, Silfeny Osman, Ikhwan Khairudin, Cat Farish, Den Wahab, Bidin Al Zaifa, Achok Chilok, Khir Rahman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ali Puteh sebagai Sani
  • Kodi Rasheed sebagai Khai
  • D’boy Hamdan sebagai Adam
  • Silfeny Osman sebagai Leha
  • Ikhwan Khairudin sebagai Zaman
  • Bidin Al Zaifa sebagai Cak Cai
  • Cat Farish sebagai Faizul
  • Khir Rahman sebagai Mr. T.B

Produksi & Pengarah

Filem ini mendapat sentuhan daripada pengarah Azaromi Ghozali, nukilan skrip daripada Haris Mohd Nor bersama Epy Kodiang dan diterbitkan oleh produksi Afanazra Production Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk datang ke panggung wayang bagi menyaksikan filem Leha yang akan mula ditayangkan pada 11 April 2024 di pawagam seluruh Malaysia.

Dimana Ditayangkan?

Pawagam seluruh Malaysia

Tarikh Mula Ditayangkan?

Bermula 11 April 2024 (Khamis)

Leave a Comment