Siapa sangka, daripada sebuah tempat perlindung, menjadi satu mimpi ngeri apabila berlakunya jenayah pemerdagangan manusia yang disajikan dalam filem Lubuk terbaru di pawagam kali ini.
Filem dengan genre psikologikal thriller ini akan menemui penonton di pawgam seluruh Malaysia mulai 18 Julai 2024 (Khamis) hingga seterusnya. Dikatakan, pengarah filem ini jadikan filem “SAW” sebagai rujukan bagi menghasilkan “Lubuk”.
Sinopsis Filem Lubuk
Filem Lubuh mengisahkan sebuah rumah agam yang berperanan sebagai tempat perlindungan dan pusat komuniti bagi gelandangan di sebuah bandar terpencil.
Rumah agam ini menjadi tempat perlindungan yang aman dan penuh kehangatan bagi mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan.
Namun, keamanan rumah agam itu tergugat apabila rahsia gelap yang tersembunyi di dalamnya mula terbongkar. Penghuni rumah agam ini terpaksa menghadapi ancaman yang mengancam nyawa mereka sendiri.
Mereka terpaksa berjuang untuk mempertahankan tempat perlindungan mereka serta menyelamatkan diri dari bahaya yang semakin mendekat.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem Lubuk seperti Tony Eusoff, Jun Lojong, Amirah Razak, Megat Sharizal, Danish Adam, Alvin Wong, Han Zalini, Chew Kin Wah, Ali Arami dan ramai lagi.
- Tony Eusoff sebagai Dirwan
- Jun Lonjong sebagai Titi
- Amirah Razak sebagai Katrina
- Chew Kin Wah sebagai Lai
Pengarah & Produksi
Filem ini merupakan arahan Mark Lee See Teck, yang juga menghasilkan jalan cerita bersama Yen Yen Tang dan diterbitkan oleh produksi HUG Pictures Sdn. Bhd. dengan kerjasama SKOP Production Sdn. Bhd.
Waktu Tayangan
Dikatakan jika filem Lubuk mendapat sambutan, akan ada sekuel selepas ini. Jadi untuk pastikan ianya berlaku, jangan lupa saksikan filem Lubuk di pawagam berhampiran anda mulai 18 Julai 2024 (Khamis).