Filem Lupakan Cinta Di Astro First

Astro kembali dengan sebuah naskah filem terbaru dengan genre drama romantik berjudul Lupakan Cinta yang akan ditayangkan menerusi platform Astro First.

Sebuah filem yang menampilkan gandingan tebaru daripada Atikah Suhaime bersama Nabil Aqil sebagai teraju utama disamping pelakon-pelakon hebat lain.

lupakan cinta

Sinopsis Filem Lupakan Cinta

Filem Lupakan Cinta mengisahkan tentang Rayyan yang disahkan mengalami amnesia retrogred selepas terlibat dalam kemalangan jalan kereta.

Perkahwinannya dengan tunangnya, Hetty ditangguhkan sehingga dia pulih sepenuhnya. Personaliti silam Rayyan muncul semula, dan dia tertarik dengan wanita lain iaitu Maliha, seorang gadis riang dan berkarisma, menerima terapi juga.

Namun, sebelum kemalangan itu, Rayyan sebenarnya memilih untuk mencintai Sarah, gadis yang ditemuinya semasa bercuti. Akibat hilang ingatan, Rayyan terlupa yang dia telah jatuh cinta dengan Sarah. Siapa yang akan Rayyan pilih?

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membarisi filem ini seperti Atikah Suhaime, Nabil Aqil, Zera Hariz, Kimberly Chuah, Kelvin Thein, Izuan Razali dan ramai lagi.

Advertisements
  • Atikah Suhaime sebagai Sarah
  • Nabil Aqil sebagai Rayyan
  • Zera Hariz sebagai Maliha
  • Kimberly Chuah sebagai Hetty
  • Kelvin Thein sebagai Nick
  • Izuan Razali sebagai John

Produksi Dan Pengarah

Filem drama romantik ini merupakan arahan Sha Bromo, nukilan skrip daripada Sarah Nayie dan diterbitkan oleh syarikat produksi Monsoon Pictures.

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem Lupakan Cinta yang akan mula ditayangkan pada 9 Mei 2024 dan seterusnya menerusi pawagam rumah anda di Astro First. Langgan di saluran 480 dengan harga RM15 untuk tempoh 48 jam.

Leave a Comment