Filem Memoir Seorang Guru Di Pawagam Mulai 30 Mei Ini

Sempena Hari Guru tahun 2024, sebuah filem berjudul Memoir Seorang Guru diterbitkan dan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 30 Mei ini.

Filem ini merupakan adaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama ‘Memoir Seorang Guru’ karya Allahyarham Azizi Haji Abdullah yang merupakan penerima Anugerah Penulis S.E.A 1988.

Ianya merupakan sebuah naskah istimewa yang menceritakan tentang hubungan anak murid dan guru. Pastinya penonton akan bergenang air mata ketika menonton filem ini nanti.

Bukan itu sahaja, filem ini juga mengangkat mesej-mesej positif seperti nilai kasih sayang, mengenang budi dan kejayaan, kegagalan, penyesalan dan sebuah kisah yang pastinya dekat dengan guru dan anak muridnya.

memoir seorang guru

Sinopsis Filem Memoir Seorang Guru

Filem Memoir Seorang Guru mengisahkan tentang Cikgu Sunan, seorang pesara guru yang tidak bersetuju dengan hasrat anaknya Kamariah untuk menjadi seorang guru.

Kekeliruan membentak dalam hatinya, adakah dia benar-benar ikhlas menjadi guru atau hanya menjadi pekerja yang makan gaji.

Sepanjang menjadi guru, Cikgu Sunan merupakan seorang yang pemarah, menilai pelajar berdasarkan emosi dan memandang mereka dengan penuh kebencian.

Inilah penyebab beliau tidak mahu anaknya mengikuti apa yang telah dilaluinya sepanjang beliau menjadi guru.

Cikgu Sunan bertugas dengan penuh kebencian terhadap anak-anak muridnya yang mempunyai pelbagai ragam dan kisah yang mengundang simpati iaitu Alias, Mihad, Mat dan Sakinah.

Namun jauh di sudut hati, Cikgu Sunan betul-betul ingin melihat anak muridnya menjadi seorang yang berguna.

Apabila Sunan mula ingin berubah dan hendak berbaik-baik dengan anak-anak muridnya ini, berlaku pula pelbagai peristiwa yang tragis dan menyedihkan.

Advertisements

Walaubagaimanapun, sangkaannya mengenai kerjaya guru berubah apabila melihat kejayaan anak-anak muridnya dalam kerjaya masing-masing dan disinilah Sunan membenarkan Kamariah menjadi guru agar ia dapat menyambung perjuangannnya dalam mendidik anak bangsa.

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Datuk Rosyam Nor, Nabila Huda, Johan As’ari, Elly Suriaty, Zul Huzaimi, Hariz Hamdan, Trisha Ooi, Jesse Lim, Kiky Hannah, Danish Zamri, Baqir Jamalullail, Hafiy Al Tamis, Dhiyaa Raidah, Rafique Iskandar dan ramai lagi.

  • Datuk Rosyam Nor sebagai Cikgu Sunan
  • Kiky Hannah sebagai Kamariah
  • Danish Zamri sebagai Alias
  • Baqir Jamalullail sebagai Mihad
  • Hafiy Al Tamis sebagai Mat
  • Dhiyaa Raidah sebagai Sakinah
  • Zul Huzaimy sebagai Lokman
  • Ellie Suriaty sebagai Mak Alias
  • Jesse Lim sebagai Guru Besar Sekolah
  • Nabila Huda sebagai Kamariah (Dewasa)
  • Johan As’ari sebagai Alias (Dewasa)
  • Haris Hamdan sebagai Mat (Dewasa)
  • Trisha Ooi sebagai Sakinah (Dewasa)
memoir seorang guru

Produksi & Pengarah

Filem adaptasi novel ini merupakan arahan sutradara Kyoll Hamzah, nukilan skrip bersama daripada Che Li dan Maizura Ederis serta diterbitkan oleh produksi Tanah Merah Ventures Sdn. Bhd. dan KalamAriff Holdings Sdn. Bhd.

OST Filem

Tajuk : Kasih
Penyanyi : Adira Suhaimi
Komposer : Ayden Ali, Adeef Den, Iqie Hugh
Lirik : Datuk Arisz Ab Rahman JP

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk menonton filem Memoir Seorang Guru yang akan mula ditayangkan pada 30 Mei 2024 (Khamis) dan seterusnya di pawagam seluruh Malaysia.

Leave a Comment