Table Of Content
Jika anda peminat dan suka akan filem seram tempatan, anda boleh tonton Miftah Alam yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 19 September 2024.
Meskipun ianya sebuah filem melayu dengan genre filem seram komedi, tetapi ianya sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Sebuah filem yang penuh dengan kejutan dan pengajaran.
Sinopsis Filem Miftah Alam
Filem Miftah Alam mengisahkan tentang empat sahabat iaitu Adam, Zera, Hawa dan Iman yang telah berkawan dari zaman persekolahan hingga dewasa.
Dari zaman persekolahan lagi Hawa ada memendam perasaan terhadap Adam, namun Hawa hanya menyimpan rasa cinta dan semua perasaannya terhadap Adam dan tidak mahu meluahkan sedikitpun.
Setelah mereka semua berkerja, Zera pula cuba untuk mendekati Adam dan berusaha untuk memenangi hati Adam tanpa meluahkan kata cinta tetapi Zera menunjukkan sikapnya dan perbuatannya yang dia benar-benar mencintai Adam.
Zera yang berpewatakan baik dan ceria itu mampu untuk menutup bahawa dirinya adalah seseorang yang mengamalkan ilmu hitam dan mempelajari semua daripada seseorang kenalannya dengan panggilan ‘Bonda’.
Dengan amalan dan kelebihan ilmu kebatinannya, Zera mampu untuk mengubah segala keinginannya agar berpihak kepadanya.
Barisan Pelakon Dan Watak
Berikut antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Zera Hariz, Taiyuddin Bakar, Zam Azmi, Eyka A. Rahim, Wan DMJ, Mubarak Majid, Adam Corrie, Ruminah Sidek, Jue Aziz, Julia Ziegler, Aznaa Azmi dan ramai lagi.
- Zam Azmi sebagai Adam
- Zera Hariz sebagai Zera
- Eyka A. Rahim sebagai Hawa
- Taiyuddin Bakar sebagai Iman
Produksi & Pengarah
Filem seram ini merupakan arahan pengarah muda, Mohammad Aidil Azha dan juga karya sulung terbitan DMJ Megah Sdn. Bhd.
Waktu Tayangan
Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Miftah Alam yang akan menemui penonton di 30 pawagam seluruh Malaysia mulai 19 September 2024 (Khamis) dan seterusnya.