Filem Padu (2024) – Adaptasi Kisah Benar Bola Keranjang Malaysia

Satu lagi filem biopik yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Jun 2024 iaitu menerusi filem Padu. Sebuah filem adaptasi daripada kisah sebenar pasukan Bola Keranjang Negara.

Filem dengan genre aksi sukan ini turut menggambarkan peristiwa benar ketika perjalanan pasukan Malaysia dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang Indonesia dan Sukan SEA 2015 di Singapura apabila meraih emas ke-60 ketika itu.

Bukan itu sahaja, filem Padu turut memaparkan peristiwa penting yang berlaku dalam sukan bola keranjang antarabangsa iaitu pemansuhan larangan berhijab yang diinspirasikan oleh Pasukan Wanita Qatar ketika Sukan Asia 2014.

filem padu

Sinopsis Filem Padu

Filem Padu bermula pada tahun 2013 apabila pasukan bola keranjang wanita negara mengalami kekalahan dalam Sukan SEA ketika bermain di Naypyidaw, Myanmar. Kesemua mereka hampa dan kecewa atas kekalahan tersebut.

Semasa Sukan SEA 2015, pasukan ini perlu memenangi emas dan bebannya kini diletakkan di atas bahu Izzati Yaakob. Dia bekerja keras untuk mengumpul pemain terbaik di seluruh Malaysia bagi membentu pasukan yang lebih baik.

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem Padu ini seperti Fify Azmi, Jojo Goh, Thanuja Ananthan, Lim Mei Fan, Datin Seri Ummi Aida, Eizlan Yusof, Lia Natalia, Fikhree Bakar, Melissa Campbell dan ramai lagi.

Advertisements
  • Fify Azmi sebagai Izzati Yaakob
  • Jojo Goh sebagai Mulan
  • Thanuja Ananthan sebagai Kalaimathi Rajintiran
  • Lim Mei Fan sebagai Coach Yoong
  • Melissa Campbell sebagai Chantelle
  • Charmaine Chew sebagai Felicia
  • Lia Natalia sebagai Ana
filem padu

Produksi Dan Pengarah

Filem yang dihasilkan oleh Zaitun Mohd Jiwa bersama Shasha Mohd Yusof ini merupakan arahan Fiasal Ishak, nukilan skrip daripada Umie Isa. Diterbitkan oleh produksi Global Station Sdn. Bhd.

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Padu yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Jun 2024 (Khamis) hingga seterusnya. Support file lokal kita.

Leave a Comment