Filem Rebel Ditayangkan Di Pawagam Mulai 2 Mei Ini

Filem Rebel menjadi filem tempatan pertama yang akan ditayangkan di pawagam dimana akan menemui penonton mulai 2 Mei 2024 di panggung wayang seluruh Malaysia.

Bukan itu sahaja, filem aksi ini juga pastinya akan lebih menarik apabila ianya merupakan karya pertama arahan vokalis kumpulan Wings dan juga pelakon hebat, Dato Awie.

Tambahan lagi, dalam filem ini kita bakal dapat saksikan gandingan muka baru dalam sebuah filem aksi iaitu antara Ben Amir dan MK K-Clique yang mana sebelum ini, mereka hanya sinonim dengan naskah romantik.

filem rebel

Sinopsis Filem Rebel

Secara amnya, filem Rebel : Berontak Untui Berotak mengisahkan tentang perseteruan antara dua individu iaitu Luka dan Bono, meskipun mereka berada dalam sebuah pertubuhan yang sama.

Luka, seorang pemuda yang berasal dari penempatan setinggan, membesar dalam keadaan serba kekurangan dan di kelilingi elemen-elemen yang tidak sihat seperti penagihan dadah, pelacuran dan gangsterism.

Walaupun berasal dari persekitaran sedemikian, Luka tetap cuba untuk menjalani kehidupan yang normal. Luka bagaimanapun mempunyai satu sifat yang membezakan dirinya dengan orang lain seperti tidak boleh menahan diri jika melihat ketidakadilan berlaku di depan matanya. 

Pada masa sama, berlakunya perseteruan antara Luka dan Bono, seorang budak nakal yang sering mengganggu ketenteraman di situ.

Berlaku pergaduhan ketika mereka remaja apabila Bono dan gengnya cuba memeras ugut gerai ibunya. Pergaduhan itu tidak memihak kepada Luka, tetapi ia merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia mula memberontak dan menentang ketidakadilan yang berlaku di sekelilingnya.

Pelakon Dan Watak

Selain daripada Ben Amir dan MK K-Clique, terdapat juga pelakon seperti Shiqin Kamal, Azlan Komeng, Dato Awie sendiri, Fadh Majid, Jessel Lim, Noralbaniah, Razib Salimin, Ruzaidi dan ramai lagi.

Advertisements
  • Ben Amir sebagai Luka
  • MK K- Clique sebagai Bono
  • Dato Awie sebagai Pak Long Biring
  • Shiqin Kamal sebagai Kaseh
  • Azlan Komeng sebagai Pian
  • Fadh Majid sebagai Pali
  • Jesse Lim sebagai Lim
filem rebel

Produksi & Pengarah

Filem ini merupakan arahan dan idea asal Dato Awie sendiri, nukilan skrip daripada Ramdan Che Hassan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Wau Productions Sdn. Bhd. bersama Rumah Produksi merah Sdn. Bhd.

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem REBEL : Berontak Untuk Berotak yang akan ditayangkan mulai 2 Mei 2024 (Khamis) hingga seterusnya di pawagam seluruh Malaysia.

Dimana Ditayangkan

Pawagam

Bila Ditayangkan

Mulai 2 Mei 2024 (Khamis)

Leave a Comment