Filem Saka Perawan Di Pawagam Mulai 27 Jun Ini

Jika sebelum ini kita banyak disajikan dengan filem seram sahaja, kali ini menerusi filem Saka Perawan, penonton akan dihidangkan pula dengan genre seram komedi untuk tontonan ramai.

Disamping elemen seram bersama komedi, filem ini turut diselitkan dengan elemen kemasyarakatan. Penceritaan filem ini adalah diambil melalui kritikan sosial dan dekat dengan masyarakat semasa.

Bukan itu sahaja, filem ini bertambah menarik apabila dibarisi oleh pelakon baru dan bintang legenda serta barisan pelawak yang pastinya akan menghidupkan lagi penceritaan sepanjang tayangan.

saka perawan

Sinopsis Filem Saka Perawan

Filem Saka Perawan mengisahkan tentang misteri di sebalik penyakit misteri nenek yang berusia 80 tahun telah membuatkan anak-anaknya menjadi bingung.

Setiap kali selepas Maghrib, keadaan nenek akan merosot dan nazak, tetapi sebaik sahaja mencapai pukul 5 pagi, keadaannya kembali normal dan hanya terbaring di katil.

Sudah hampir sebulan nenek terbaring sakit dan doktor perubatan juga tidak mempunyai jawapan untuk penyakit misteri nenek ini.

Ternyata, akibat perbuatan lampau nenek, beliau yang berada di ambang kematian dan saka yang dimiliki oleh nenek perlu diturunkan kepada cucu perempuan yang masih perawan sebelum nenek meninggal dunia.

Jadi, apakah pengakhiran cerita di sebalik penyakit misteri nenek ini, dan adakah nenek berjaya menjejakkan pewaris Saka Perawan ini?

Advertisements

Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah Azlee Senario, Yassin Senario, Datuk Fauziah Nawi, Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nidzam, Afieq Shazwan, Dato’ Seri Eizlan Yusof, Wilma Muhammad, Man Raja Lawak, Atu Zero, Mamak Puteh, Anne Abdullah, Zalif Sidek dan ramai lagi.

  • Azlee Senario sebagai Pak Budin
  • Sophia Albarakbah sebagai Puteri Shahura
  • Fauziah Nawi sebagai Nek Aminah
  • Yassin sebagai Pak man Warung
  • Isyariana sebagai Putri Emilia
  • Nelissa Nidzam sebagai Putri Rizwana
  • Atu Zero sebagai Marlehan
  • Afieq Shazwan sebagai Ustaz Danial
  • Eizlan Yusof sebagai Ustaz Jalal
  • Wila Muhammad sebagai Rusila
  • Anne Abdullah sebagai Lin Gebu
  • Zalif Sidek sebagai Bomoh Pantai Timur
  • Mamak Puteh sebagai Alang
  • Man Raja Lawak sebagai Damak
saka perawan

Produksi & Pengarah

Filem yang dibawakan dengan genre seram komedi ini merupakan arahan sutradara Dr. Ahmad Idham dan diterbitkan oleh syarikat produksi Grand Brilliance Studio Sdn. Bhd.

OST Filem

Tajuk : Saka Perawan
Artis : Floor 88, Azlee & Yassin Senario
Komposer : Zai Hamzah, Hemo
Lirik : Achoi Floor 88, Hemo, Falique Ghazali

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Saka Perawan yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 27 Jun 2024 (Khamis) di pawagam seluruh Malaysia.

Leave a Comment