Sinopsis Filem Tafakur Yang Ditayangkan Di Pawagam Mulai 19 September Ini

Jika anda suka kan sebuah filem dengan jalan cerita dan penceritaan yang tersirat, anda boleh tonton filem Tafakur yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 19 September 2024.

Ianya merupakan sebuah naskah yang mengangkat kisah isu ‘penyondol’, suami curang dan lelaki berpakaian wanita yang mana memaparkan realiti kehidupan hari ini. Pasti ramai yang akan memperkatakan tentang filem ini nanti.

Sinopsis Filem Tafakur

Filem Tafakur mengisahkan kehidupan Ella yang mengalami masalah kemurungan semakin kacau bilau selepas dicurangi suami, Imlan yang mengahwini Hani di luar pengetahuannya.

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Syazani Zikry, Amylia Aidura, Fayyadh Farhan, Karishma Sivabalah dan ramai lagi.

Advertisements
  • Luqman Hafidz sebagai Imlan
  • Sasqia Dahuri sebagai Ella
  • Amylia Aidura sebagai Hani

Produksi & Pengarah

Filem bergenre ‘psiko thriller ini merupakan arahan Feisal Azizuddin. lakon layar daripada Ellina Abdul Majid dan diterbitkan oleh Feisk Productions bersama Stelo Infotainment.

Waktu Tayangan

Saksikan filem Tafakur yang akan mula menemui penonton pada 19 September 2024 (Khamis) di pawagam terpilih seluruh Malaysia.

Leave a Comment