Filem Telekinesis Di Astro First – Karya Sains Fiksyen Terbaru Daripada Syafiq Yusof

Selepas kejayaan Sheriff, pengarah tersohor Syafiq Yusof kembali dengan sebuah lagi filem berjudul Telekinesis yang mana akan menemui penonton di pawagam rumah anda di Astro First mulai 10 Oktober 2024.

Selain daripada barisan pelakon yang hebat membintangi filem ini, ini juga merupakan karya sains fiksyen pertama untuk pengarah muda tersebut. Pastinya ramai tidak sabar-sabar untuk menantikan filem ini ditayangkan.

Sinopsis Filem Telekinesis

Filem Telekinesis mengisahkan tentang Fadli iaitu seorang ahli NTSF yang ingin membalas dendam terhadap ESLM (gerakan pembebasan deria tambahan) kerana mereka menyebabkan kematian bapanya 20 tahun lalu.

Selepas kewujudan Helang dalam ESLM, NTSF semakin terancam dengan kewujudan Helang yang ingin memusnahkan organisasi mereka. Fadli mula menyiasat dan mengesyaki NTSF mempunyai seekor tikus yang mendedahkan maklumat mereka.

Fadli mula tidak mempercayai sesiapa sehinggalah dia mengetahui kebenaran dalam organisasinya sendiri.

Keadaan menjadi semakin rumit sehinggalah pertempuran terakhir antara NTSF dan ESLM yang bakal menyingkap segala rahsia dan motif jahat di kalangan masyarakat sekitar Fadli.

Advertisements

Pelakon Dan Watak

Antara nama-nama yang terlibat dalam filem Telekinesis ini seperti Yusuf Bahrin, Beto Kusyairy, Aman Graseka, Nick Davis, Shabby, Wanji Aswandi, Hasnul Rahmat, Kenji Sawahi dan ramai lagi.

  • Yusuf Bahrin sebagai Fadli
  • Beto Kusyairy sebagai Razak

Pengarah & Produksi

Filem dengan genre aksi dan sains fiksyen ini merupakan arahan Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh syarikat produksi Viper Studios dengan kerjasama Skop Production Sdn. Bhd.

Waktu Tayangan

Saksikan filem Telekinesis yang akan mula ditayangkan di pawagam rumah anda di Astro First mulai 10 Oktober 2024. Anda boleh sewa dengan harga RM15.00 untuk tempoh 48 jam dengan tontonan secara berulang-ulang.

Leave a Comment