Review Filem Sheriff Narko Integriti – Sarat Dengan Plot Twist

Pastinya menjadi antara filem blockbuster terhebat pada tahun 2024 ini. Jadi disini saya ingin kongsikan review filem Sheriff Narko Integriti yang kini sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

BACA : Info Penuh Filem Sheriff Narko Integriti

Manakan tidak, selepas hanya 4 hari tayangan termasuk tayangan awal, filem arahan Syafiq Yusof ini kini sudah berjaya mengutip RM16.4 juta. Sokongan yang diberi oleh orang ramai, sangat luar biasa.

Untuk info, Syafiq Yusof baru sahaja mengeluarkan sebuah filem kepolisan iaitu Polis EVO 3 pada tahun lalu dan kini kembali dengan filem kepolisan juga iaitu menerusi Sheriff Narko Integriti.

filem sheriff

Sinopsis Filem Sheriff Narko Integriti

Sheriff: Narko Integriti mengisahkan tentang Nazri iaitu seorang anggota polis yang merasakan sindiket dadah syabu Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri tanpa pengetahuan daripada rakan sejawatnya.

Sementara itu, Shefiff yang juga seorang anggota polis dihantar untuk menyelesaikan kes ‘meth killer’.

Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Ada kemungkinan Meth Killer itu berada di dalam jabatan mereka.

Review Filem Sheriff

Sebelum berpeluang untuk tonton sendiri filem ini, dah baca banyak banyak perkongsian awal tentangnya di media sosial dan rata-rata memberikan komen yang sangat positif, malah digalakkan untuk menonton.

Advertisements

Jadi selain daripada ingin datang sendiri untuk menonton di pawagam, galakkan ini sedikit sebanyak memberikan dorongan awal untuk ke pawagam lebih awal. Lepas seminggu ditayangkan, baru sempat ke pawagam.

Plot Twist Antara Ramuan Utama

Kalau siapa tengok trailer filem Sheriff, ianya seolah-olah menggambarkan keseluruhan plot cerita ini. Jadi kalau tengok komen awal sebelum ditayangkan, pelbagai riaksi sebenarnya. Tapi kita tahu, Syafiq Yusof bukan ‘kosong’.

Sebenarnya daripada trailer tersebut, dah boleh tahu siapa villain atau ‘meth killer’. Siapa pegang watak jahat, TETAPI ada plot twist yang disajikan. Lagi menarik pula tu, terlalu banyak twist yang disajikan.

review filem sheriff

Cerita ini memang betul Inspektor Nazri merupakan ‘meth killer’ dimana dia juga yang merupakan pegawai narkotik membunuh semua individu yang ada kaitan dengan tokan besar, Tony Ifrit disebabkan tidak percaya kepada ‘hukuman mahkamah’.

Dalam cerita ni barulah kita tahu, kenapa sebenarnya dia melakukan semua perkara ini. Anda juga akan disajikan dengan cara Nazri melakukan aktiviti tersebut atau modus operandi membunuh ‘orang kanan’ Tony Ifriti.

Twist tersebut sebenarnya bukan hanya pada Nazri sahaja, tetapi ianya melibatkan individu lain juga yang mana mereka juga berada dalam jabatan Narkotik tersebut. Pada awalnya, anda tak perasan, dah hujung-hujung barulah ianya keluar.

Disebabkan banyak perkara berlaku dalam jabatan yang melibatkan korupsi, rasuah dan integriti, sebab itulah Sheriffuddin ditugaskan untuk ke Jabatan Narkotik ini untuk lakukan tugas sebagai polis yang tangkap polis.

Secara amnya, sepanjang penceritaan ada 2 plot utama. Yang utama semestinya tugas Sheriff untuk tangkap polis korup dan yang kedua adalah operasi untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony Ifrit.

Barisan Pelakon Yang Mantap

Ramai yang cakap Syafiq Kyle dah boleh masuk universe aksi kepolisan pula. Bermula dalam One Cent Thief, kemudian dalam Polis EVO 3 dan kini terbaru dalam filem Sheriff. Membawa watak sangat baik.

Beliau sesuai untuk beraksi untuk polis siasatan. Sebab dalam cerita ini, Syafiq Kyle yang memegang watak Inspektor Nazri juga ada melakukan aksi menembak dan berlawan dengan Tony Ifrit tetapi tidak terlalu ‘hard’.

Advertisements

Kalau aksi bergaduh dalam cerita ini, menang kepada Zul Ariffin (Sheriff) dan Dato’ Aaron Aziz (Tony Ifrit) la. Anda boleh tengok bagaimana dua individu berbadan besar bertumbuk dengan baik. Kesan kamera gegar tidak ketara sangat. Just nice part tersebut.

filem sheriff

Zul Ariffin jadi polis integriti juga sangat baik. Polis sempoi, dengan watak bersahaja yang mencari dalang dan ‘tikus’ dalam jabatan Narkotik patut dipuji. Bila dia suspek Nazri yang lakukan pun, nampak cuak juga la. Ada jambang pun nampak perghh. Style habis.

Pelakon-pelakon lain juga beraksi dengan baik. Ada Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Esma Daniel, Shaharuddin Thamby, Hazama dan beberapa pelakon lain lagi.

Lain-Lain

Filem Sheriff ni macam ada vibe Gerak Khas sikit la terutamanya untuk polis india dan cina. Zen Ng memegan watak Ditektif Hong dan Meynillen Thamil Selvan sebagai Ditektif Nagarajah. Dah ada pair ni, mesti ada lawak juga sikit-sikit.

Aksi tembak-menembak bukanlah yang terbaik, tetapi masih diterima. Dalam Sheriff sepertinya banyak kenderaan dirosakkan dan ada beberapa babak letupan. Trademark pengarah Syafiq Yusof sebenarnya.

Filem ini diklasifikasikan sebagai P16 dimana sesuai untuk umur 16 tahun keatas sahaja. Ini disebabkan ada beberapa babak yang tidak sepatutnya. Ada babak rogol dan bunuh diri. Tetapi sudah pastinya tidak ditunjukkan. Tapi babak awal tu ada.

Kesimpulan

Secara keseluruhan untuk review filem Sheriff Narko Integriti ini, sangat menarik dan best untuk ditonton. Walaupun ada plot twist bertubi-tubi, tetapi tak pening kepala pun. Boleh enjoy sambil makan pop corn.

Tetapi ada hanya timbul satu persoalan sahaja iaitu pada babak terakhir. Apakah sebenarnya yang berlaku kepada dr, atau hakim atau peguam tersebut? Ramai yang beranggapan akan ada Sheriff 2 lepas ni. Anda rasa macam mana?

Rating Filem Sheriff Narko Integriti – 4.5/5

Leave a Comment