Filem Sheriff Mula Ditayangkan Di Pawagam Mulai Pada 18 April Ini

Filem Sheriff: Narko Integriti pastinya menjadi antara filem yang paling dinantikan oleh penonton untuk tahun 2024 apabila ianya akan dimainkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 18 April ini.

BACA : Review Filem Sheriff Narko Integriti

Manakan tidak, orang ramai sudah disajikan dengan trailer filem kepolisan ini yang nampaknya memberi riaksi yang berbeza. Adakah betul plot cerita berkadar terus atau akan ada twist yang bakal disajikan dalam cerita tersebut nanti?

Sebuah filem aksi arahan Syafiq Yusuf, Sheriff: Narko Integriti menampilkan lakonan hebat daripada Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Syafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Advertisements
filem sheriff

Sinopsis Filem Sheriff

Sheriff: Narko Integriti mengisahkan tentang Nazri iaitu seorang anggota polis yang merasakan sindiket dadah syabu Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri tanpa pengetahuan daripada rakan sejawatnya.

Sementara itu, Shefiff yang juga seorang anggota polis dihantar untuk menyelesaikan kes ‘meth killer’.

Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Ada kemungkinan Meth Killer itu berada di dalam jabatan mereka.

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini seperti Syafiq Kyle, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Aaron Aziz, Shaharuddin Thamby, Kodi Rasheed, Esma Daniel, Hazama Azmi, Azri Iskandar dan ramai lagi.

Advertisements
  • Zul Ariffin sebagai DSP Sheriffudin Hussain
  • Syafiq Kyle sebagai Insp Nazri
  • Elizabeth Tan sebagai ASP Jennifer Wong
  • Azira Shafinaz sebagai ASP Syazlin
  • Dato’ Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit
filem sheriff

Produksi & Pengarah

Sheriff: Narko Integriti merupakan filem arahan Syafiq Yusof dengan, skrip dan jalan cerita daripada Syafiq sendiri bersama Nazifdin Nasrudin dan Yusof Haslam serta diterbitkan oleh produksi Skop Productions dan Astro Shaw.

Trailer

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Sheriff: Narko Integriti di pawagam seluruh Malaysia mulai 18 April 2024 (Khamis) dan seterusnya.

Waktu Tayangan

Mulai 18 April 2024

Dimana Ditayangkan

Filem Syeriff akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia

Leave a Comment